Dapur Adinda

Dapur Adinda Kami pakar dalam menyediakan hidangan yg lazat, bersih dan Halal..

Bahan-Bahan Nasi:3 cawan beras (dibasuh & toskan)1 cawan santan pekat2 cawan air pandan (kisar 7-10 helai daun pandan de...
22/07/2025

Bahan-Bahan Nasi:

3 cawan beras (dibasuh & toskan)

1 cawan santan pekat

2 cawan air pandan (kisar 7-10 helai daun pandan dengan air, tapis)

1 helai daun pandan (disimpul)

1 inci halia (diketuk)

1 ulas bawang putih (diketuk)

1 sudu kecil garam

Cara-Cara Masak:

1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi.

2. Masukkan santan, air pandan, daun pandan, halia, bawang putih dan garam.

3. Gaul rata.

4. Masak seperti biasa dalam rice cooker.

5. Bila dah masak, kacaukan perlahan supaya nasi tidak berketul.

Bahan-Bahan Sambal Tumis:

20 biji cili kering (rebus & kisar)

4 ulas bawang merah (kisar)

4 ulas bawang putih (kisar)

1 biji bawang besar (hiris bulat)

1 sudu kecik asam jawa (bancuh dengan 1/2 cawan air)

1 sudu besar gula merah

1 sudu besar gula biasa

Garam secukup rasa

Ikan bilis secukupnya (goreng asing)

Cara-Cara Sambal Tumis:

1. Tumis bawang kisar hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula biasa, garam.

4. Masukkan bawang besar hiris & ikan bilis goreng (kalau s**a)

5. Masak hingga sambal pekat. Lagi lama lagi sedap

Lauk & Pelengkap:

Telur rebus / telur goreng

Kacang goreng

Ikan bilis goreng

Timun hiris

Sambal tumis tadi

Nasi MinyakBahan-bahan:3 cawan beras basmati3 sudu besar minyak sapi / butter3 sudu besar minyak masak1 batang kayu mani...
21/07/2025

Nasi Minyak

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmati

3 sudu besar minyak sapi / butter

3 sudu besar minyak masak

1 batang kayu manis

3 biji bunga lawang

5 biji buah pelaga

3 biji cengkih

2 helai daun pandan (ikat)

1 bawang besar (hiris halus)

2 ulas bawang putih (hiris)

1 inci halia (hiris)

4 cawan air / air stok ayam

1 kiub ayam

1/2 cawan susu cair

Garam & gula secukup rasa

Pewarna kuning / esen ros / daun pandan untuk bau

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi & minyak biasa. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan, bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau.

2. Masukkan beras yang telah ditoskan. Gaul rata.

3. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, garam, gula, pewarna, esen ros.

4. Masak seperti biasa dalam rice cooker.

5. Bila hampir masak, kacau sedikit supaya warna sekata.

Resepi Hainanese porridge Bahan-bahan:Untuk Bubur:1 cawan beras (basuh bersih)8 cawan air (boleh tambah ikut kepekatan)2...
21/07/2025

Resepi Hainanese porridge

Bahan-bahan:

Untuk Bubur:

1 cawan beras (basuh bersih)

8 cawan air (boleh tambah ikut kepekatan)

2-3 ketul ayam (bahagian dada/isi)

3 hiris halia (diketuk)

1 kiub ayam / stok ayam secukup rasa

Sedikit garam

Sedikit minyak bijan (untuk aroma)

Untuk Hiasan / Sampingan:

Hirisan daun bawang

Hirisan halia goreng (optional)

Cili padi + kicap masin (sebagai sos)

Telur masin / telur century (optional)

Youtiao / cakoi (optional, dipotong kecil)

Cara-cara:

1. Rebus ayam dahulu:
Didihkan air dalam periuk, masukkan ayam, halia dan sedikit garam. Rebus hingga ayam masak dan keluarkan ayam. Air rebusan ini jangan buang, kita guna untuk buat bubur.

2. Masak bubur:
Dalam periuk yang sama (air rebusan ayam tadi), masukkan beras yang sudah dibasuh. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tak hangit bawah. Tambah air jika perlu.

3. Bila beras mula pecah dan jadi bubur, masukkan kiub ayam dan sedikit minyak bijan. Perasakan garam secukupnya.

4. Sementara itu: Carik isi ayam rebus yang tadi, boleh letak terus dalam bubur atau hidang asing.

5. Bubur Hainan biasanya agak cair, jadi kawal kepekatan ikut selera.

Cara Hidang:

1. Tuang bubur ke dalam mangkuk.

2. Tabur isi ayam carik, daun bawang, halia goreng.

3. Hidang bersama telur masin, cili kicap, dan cakoi.

Resepi Soto Johor (4-6 orang makan)Bahan-bahan Utama:1 ekor ayam (potong 4, rebus buat stok)2 liter air (untuk rebus aya...
21/07/2025

Resepi Soto Johor

(4-6 orang makan)

Bahan-bahan Utama:

1 ekor ayam (potong 4, rebus buat stok)

2 liter air (untuk rebus ayam & buat sup)

1 batang serai (diketuk)

2 helai daun salam / daun bay

1 kiub ayam (optional)

Garam, gula, perasa secukupnya

Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

3 batang serai (hiris nipis)

2 sudu besar ketumbar (sangai)

1 sudu kecil jintan putih (sangai)

1 sudu kecil jintan manis (sangai)

1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan Tambahan:

Bihun (celur lembut)

Nasi impit / lontong

Begedil (kentang lenyek + daging + daun sup)

Taugeh (celur sekejap)

Daun sup / daun bawang (hiris)

Bawang goreng

Sambal kicap (cili padi +bawang putih goreng lepastu tumbuk atau blend + kicap manis + limau)

Sohon ( goreng garing mcm keropok) letak di atas soto yang dah siap tadi.
Limau kasturi

Cara-cara:

1. Rebus ayam dengan air, serai, daun salam, garam. Ambil air rebusan buat sup. Ayam tos, goreng sekejap (jangan terlalu garing), carik halus untuk taburan nanti.

2. Tumis bahan kisar hingga naik bau wangi dan pecah minyak.

3. Masukkan tumisan ke dalam air rebusan ayam. Masukkan kiub ayam jika mahu.

4. Perasakan garam, gula, serbuk perasa secukupnya. Reneh sup bagi sebati, jangan terlalu pekat.

5. Siap!

Cara Hidang:

Dalam mangkuk, susun:
Bihun / nasi impit / begedil / taugeh / ayam carik.
Tuang sup panas-panas.
Tabur daun sup, bawang goreng. Tabur jugak suhun atau sohon goreng.
Hidang dengan sambal kicap & limau kasturi.

Happy Sunday …
09/02/2025

Happy Sunday …

03/02/2025

Kuih viral raya tahun ini di jangka
*Kuih loyang Udang..*

Resepi nya :-

Bahan-Bahan:

1/2 kg tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur
1 kotak santan 200ml
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Serbuk perasa jika s**a

Bahan Untuk Dikisar:

8-10 biji cili kering - Ikut selera sendiri
1 sudu besar jintan manis
1 genggam udang geragau - Udang kering biasa pon ok ja
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih
Air 1 cawan

Cara Membuatnya:

Dalam bekas masukkan tepung beras + jagung. Masukkan bahan yang telah dikisar, telur dan santan. Sebatikan semua. Tambah gula, garam dan serbuk perasa jika s**a.

Tambah air lagi secukupnya. Adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair sangat.

Tambahan. Daun kari dan bijan sebagai hiasan sampingan agar nampak lebih menarik.

Panaskan minyak banyak ya, tenggelam acuan. Panaskan acuan dulu Baru buat seperti biasa. Selamat mencuba.

Address

Rawang

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00

Telephone

+601155563013

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Adinda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dapur Adinda:

Share