18/05/2026
Alhamdulillah, rezeki adik ni. Baru dua bulan bekerja di K Burger Empire, dah berjaya keluarkan motor sendiri. Semoga dipermudahkan segala urusan dia, insyaAllah.
Adik ni memang seorang pekerja yang bagus β kerja cemerlang, berdisiplin dan rajin. Sebelum ni pun dia pernah bekerja dengan kita sebelum sambung belajar. Kalau ada yang masih ingat, saya pernah hadiahkan dia sebuah iPhone selepas dia berjaya dapat 6A dalam SPM.
Kemudian dia sambung pengajian di UCYP Pahang dan sekarang sedang cuti semester. Jadi sementara cuti ni, dia datang bekerja semula dengan K Burger Empire. Alhamdulillah, dalam masa dua bulan sahaja dia dah mampu keluarkan motor.
Dan paling ngam, bulan ni juga bulan terakhir dia bekerja dengan kita sebab dia akan sambung semester baru. Kali ni p**a dia tak dapat asrama dan kena duduk luar. Jadi memang sesuai sangatlah dengan rezeki yang dia dapat ni β sekurang-kurangnya ada pengangkutan sendiri dan lebih mudah untuk ulang-alik.
InsyaAllah, kita semua doakan semoga adik ni terus maju jaya dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan dia. Amin Ya Rabbal Alamin. π€²
Terima kasih juga kepada semua yang terus support K Burger Empire. Kepada yang berminat nak join team atau nak jadi sebahagian daripada usahawan bersama kami, boleh terus WhatsApp di bawah π
π² wa.me/601111954595/CrewKBurger