16/10/2014
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Kamis 16 Oktober 2014).
10 HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH ALLAH.
Musibah yang menimpa saudara kita sehari dua ini dengan puting beliung, banjir kilat, kebakaran disekyen 24 dan banyak lagi musibah yang menimpa yang tidak dapat disebutkan satu persatu. Walaupun mungkin pahit dirasakan. Akan tetapi ada kemanisan di sebalik musibah yang menimpa tersebut. Kemanisan musibah dapat diambil dari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Allh swt berfirman: Surah Al-Baqarah,ayat 155:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
Di antara hikamah dalam musibah tersebut adalah:
1. Musibah dapat mendidik jiwa dan menyucikan diri dari dosa.
Musibah akan menjadikan jiwa manusia lebih bersih, dengan diberinya keinsafan dan kesedaran kepada manusia tersebut untuk dapat mendekatkan diri kepada Nya.
2. Musibah merupakan Ukuran kesabaran manusia.
Manusia yang terbiasa hidup dalam kesenangan tidak pernah merasa kesusahan hidup tak akan merasa erti kesabaran . Dengan musibah akan menjadikan manusia lebih bersabar dalam menjalani kehidupan.
3. Musibah akan dapat memurnikan Tauhid kepada Allah.
Kadangkala manusia kufur dengan nikmat Allah dan tidak mentauhidkan Allah. Dengan musibah yang menimpa akan lebih mentauhidkan manusia kepada Allah dengan mengakui kuasa Allah.
4. Musibah akan mendatangkan semangat untuk beribadah kepada Allah SWT.
Malasnya manusia dalam melaksanakan ibadah kepada kerana merasakan kesempurnaan hidupnya. Dengan musibah yang menimpa akan menyedarkan manusia erti ibadah dalam kehidupan.
5. Musibah dapat menghilangkan sifat keegoan dan sombong diri.
Kesenangan akan mendatangkan kesombongan serta lupa diri, maka dengan musibah yang menimpa akan menyedarkan manusia dari sifat angkuh dan sombong diri.
6. Musibah dapat menguatkan pengharapan (raja') kepada Allah SWT.
Seseorang yang ditimpa musibah akan dapat menguatkan pengharapan hanya kepada Allah dengan berdoa kerana tidak ada yang dapat mengangkat musibah tersebut melainkan dengan izin Allah.
7. Musibah akan mendatangkan kebaikan pada diri seseorang.
Perangai jahat seseorang kerana merasakan dirinya memiliki banyak kelebihan. Dengan musibah akan dapat merubah manusia memiliki perangai yang lebih baik.
8. Musibah dapat melipat gandakan pahala dalam hidup.
Musibah yang menimpa jika di hadapi dengan kesabaran dan redha dengan ketentuan Allah. Maka ianya akan melipat gandakan pahala seseorang.
9. Musibah akan dapat menyedarkan manusia betapa besarnya nikmat Allah yang di berikan.
Bagi manusia yang tidak terkena musibah. Erti keselamatan merupakan sesuatu yang paling berarti dalam hidupnya dalam bentuk rasa syukur di atas keselamat yang dikecapinya.
10. Musibah dapt memudahkan jalan menuju akhirat.
Apabila Allah SWT telah menimpakan musibah kepada hambanya di dunia menunjukkan bahawa Allah menggugurkan dosa hambanya.
Wahai saudaraku, jika musibah datang menimpa kita jadikan ianya sebagai guru untuk mendidik kita dan mendewasakan kita dalam menjalani kehidupan.
Ya Allah jauhkan kami dari musibah yag akan menimpa kami. Dan ajarkan kami kesabaran dan redha dari musibah yang Engkau timpakan kepada kami. Mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang terbaik dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Aamiinn !!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Catatan:
Sila SEBARKAN ILMU dengan SESAMA SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DIKONGSIKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Insya-Allah. Aamiinn !