05/01/2026
[UPDATE]
15/1/2026
En. Shafie Bin Mat Nor masih belum menghubungi wakil NAMK Naqib Azam ,namun anaknya Nazmi Zafran ada menghubungi En. Naqib dan akan meminta ayahnya untuk hubungi segera.
Pihak berkenaan telah menghubungi kami, namun posting ini hanya akan diturunkan setelah penyelesaian konkrit diberikan. Ini kerana perkara ini telah berlarutan sejak tahun 2022.
3 tahun lepas kami ada kongsikan kami telah kerugian sebanyak RM40K
( https://www.facebook.com/share/v/188fFX6irq )
Setelah mendapat nasihat daripada rakan guaman, kami tidak lagi melindungi identiti kontraktor tersebut
NOTIS AWAM – PERKONGSIAN FAKTA
Pada 03/10/2022, kami melantik [Gedang Bina / SHAFIE BIN MAT NOR ] untuk kerja pengubahsuaian sebuah restoran di Raub, Pahang dengan nilai RM50,000, siap sebelum 15/11/2022
Kami telah membuat pembayaran berikut:
04/10/2022 – RM20,000
07/10/2022 – RM10,000
18/10/2022 – RM10,000
➡️ Jumlah dibayar: RM40,000
Namun sehingga 15/11/2022, kerja yang dilakukan hanyalah melibatkan jubin, elektrik dan paip. Selepas itu, pihak kontraktor tidak dapat dihubungi
Akibat kelewatan ini, restoran tidak dapat beroperasi selama 1 bulan, kami terpaksa melantik kontraktor baharu, serta menanggung bayaran sewa premis dan kerugian jualan seperti yang dinyatakan dalam Notis Tuntutan.
📄 Laporan polis dibuat pada 17/11/2022
📍 Balai Polis Raub, Pahang
🆔 RAUB/004943/22
Satu Notis Tuntutan (Letter of Demand) telah dikeluarkan melalui peguam bagi menuntut jumlah RM113,100.
Kami berharap pihak yang terlibat dapat tampil memberi penjelasan dan menyelesaikan perkara ini secara bertanggungjawab.