16/06/2022
Pengalaman menarik yg ingin kami kongsikan kepada anda, iaitu pengalaman menjala ikan kelah dan masak di Rumah Sungai di hulu langat.
Pada rabu lepas, kami berangkat ke ulu d**g untuk melawat kolam sambil menjala ikan kelah di kolam tersebut. Setibanya di Ulu D**g, kami disambut baik oleh pekerja yang bertanggungjawab untuk menjaga kolam ikan kelah iaitu Pak Cu dan Sukarjo .
Pak Cu tunjukkan kepada kami teknik dia menjala ikan kelah, awalnya dia menabur makanan ikan supaya ikan tertarik dengan makanan tersebut dan terus dia menjala tepat di kawasan kumpulan ikan tersebut.
Dengan menggunakan teknik dan skill menjala Pak Cu, sebanyak 7 ekor ikan kelah dan 1 ikan lampam yang bersaiz lebih kurang 1kg hingga 2kg setiap seekor.
Berdasarkan pengalaman Pak Cu dalam menternak ikan kelah, ikan kelah ni merupakan spesis ikan yang agresif jadi untuk menjala ikan secara berterusan memang agak sukar. Jadi atas nasihat Pakcu kolam ikan ini hanya akan dijala seminggu sekali.
Berdasarkan cerita yang saya kongsikan ini, saya mengambil peluang untuk menjadi pembekal ikan kelah merah di serata Selangor dan juga Lembah Klang.
Kami menjual secara retail dan kami menyediakan ikan kelah merah frozen dan jugak ikan kelah merah untuk tujuan belaan atau perhiasan. Bagi ikan kelah merah frozen kami menjual mengikut berat/kg manakala ikan kelah merah untuk tujuan belaan atau perhiasan kami menjual mengikut saiz ikan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di Selangor dan juga Lembah Klang
Pada sesiapa yang nak order dgn kami boleh contact kami.
https://wa.me/601121145750
P/s: tunngu post seterusnya ada video kami masak ikan kelah