08/01/2026
Bismillahirrahmannirrahim..
Alhamdulillah.. Dapur baru untuk Imansufi Catering sudah siap sepenuhnya.. Permulaan yg baik di tahun 2026.. Semoga tahun ini team kami dapat tingkatkan kualiti, kapasiti dan konsistensi produk kami agar dapat penuhi semua permintaan pelanggan. 🥰
Terima kasih kepada pihak RISDA yang telah meluluskan bantuan dalam bentuk bahan binaan untuk Program Aktiviti Ekonomi Tempatan. Program ini sangat membantu untuk peniaga kecil seperti kami. Tidak lupa juga kepada semua keluarga, rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan kami, terima kasih kerana sentiasa mendoakan dan menyokong dari awal lagi.
InsyaAllah, yang terbaik akan menyusul.