Kim's Recipe Restaurant

Kim's Recipe Restaurant Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kim's Recipe Restaurant, Restaurant, LOT NO. 1, BLOK N, KEDAI SEDCO, Ranau.

25/07/2023

Beroperasi pada jam 6 PAGI sehingga 9 MALAM.

Lokasi Kedai Makan:-
1. Bertentangan dengan Pasar Buah Ranau.

2. Diantara Kedai Menjual Peralatan Muzik (Donley Music) dan Kedai Membuat Telefon (Phone Tokou)-Kami berada ditengah.

Kopisangan Tompinai ngawi🙆‍♀Kami kini BEROPERASI sehingga jam 9 MALAM🍝. Mahu makan luar? Boleh singgah santap di rumah m...
22/07/2023

Kopisangan Tompinai ngawi🙆‍♀

Kami kini BEROPERASI sehingga jam 9 MALAM🍝.

Mahu makan luar?
Boleh singgah santap di rumah makan kami ya. 😉

A'la Carte menu tersedia untuk anda🥰
Apa? Charsau?? Adaa baah!! Jangan susah hati😜

Kedai terletak berhadapan dengan pasar buah Ranau.🤗

23/07/2022

Saya bukanlah orang Perak.

Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya 😋

Teksturnya yang kering² tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.

Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.

Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.

Semua bahan² rencah dikisar kering.

Saya halalkan resepi ni untuk yang s**a mencuba ♥️

Resepi Rendang Tok Asli

Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus

Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
- dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.
- disangai dalam kuali sampai kering
- blend kering TANPA AIR

2 ketul lengkuas
5 batang serai
- dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya

1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau s**a)
- disangai dan dikisar kering

Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
- daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
- maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.

2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik

daun kunyit hiris


Cara masak :

1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.

**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.

Selamat mencuba 😊
Kredit:Izani shadila

Hallo ambalut🙋‍♀🙋‍♂Kim's Bak K*t Teh Restaurant, akan beroperasi pada malam hari sehingga jam 8.30malamBerita baru untuk...
13/12/2021

Hallo ambalut🙋‍♀🙋‍♂

Kim's Bak K*t Teh Restaurant, akan beroperasi pada malam hari sehingga jam 8.30malam

Berita baru untuk semua warga Ranau atau yang berada di daerah Ranau 😍

Manatahu ada yang mau makan luar, atau singgah sekejap lepak sambil makan2 dengan kawan, boleh membeli makanan di tempat kami😃

Antara menu2 yang lain macam ialah👻..

🥘 SUP BAK K*T TEH
🥣 SUP HAM CHOI KEPALA IKAN/ISI IKAN/ DAGING AYAM, DAGING BABI
🐟 GRILLED FISH WITH SAMBAL
🐷 GRILLED PORK (CHARSAU / SAUNYUK)
🐔 GRILLED CHICKEN
🦆 GRILLED DUCK
🦑 SQUID CHILLI THAI
🐠 SWEET AND SOUR FISH

Dan banyak lagi, boleh request minta masak itu ini juga selagi kami ada itu bahan❤

Selamat pagi semua🎈Kami telah mendapat tahu dari pihak MDR, bahawa kedai makan boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan ...
28/06/2021

Selamat pagi semua🎈

Kami telah mendapat tahu dari pihak MDR, bahawa kedai makan boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan didalam premis dengan hanya 2 ORANG sahaja untuk satu meja.

Pelanggan wajib mengimbas (SCAN) My- Sejahtera dan bagi keadaan kecemasan seperti telfon bimbit habis cas/ tidak berfungsi/ tidak ada aplikasi my Sejahtera, hendaklah menulis nama.

Sila maklum ya😊

Gais.. Semakin berkurang... Bah siapa yg mahu bikin pusas2 tuuu.. Apalagi??
11/02/2021

Gais.. Semakin berkurang... Bah siapa yg mahu bikin pusas2 tuuu.. Apalagi??

Halllooooooo!!!! 😍Gong xi fa cai!!!😍Kim's Recipe Restaurant 2 hari ini telah menyediakan beberapa ekor ayam dan itik, sa...
10/02/2021

Halllooooooo!!!! 😍
Gong xi fa cai!!!😍

Kim's Recipe Restaurant 2 hari ini telah menyediakan beberapa ekor ayam dan itik, sasau dan saunyuk utk dijual!! 😘😘

Siapa cepat dia mendapat!!! Makan di restaurant pun boleh ya!!! Tapi 2 orang saja...😍😍

Sasau dan saunyuk tidak pernah mengecewakan!! Sedap dan berkerangupan!!! 😋😋

Bikin isi perut boleh😚, bikin pusas boleh!!!!😎☺

Kopisanangan toinsanan? Saya,  ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan Kim's Recipe R...
21/09/2020

Kopisanangan toinsanan?

Saya, ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan Kim's Recipe Restaurant, kerana telah banyak memberi sokongan keatas kedai makan ini.

Dengan rasa sedih saya umumkan bahawa, pada 1 Oktober 2020, Kim's Recipe 1 tidak lagi beroperasi kerana hari tamat tempoh kontrak adalah hari tersebut.

Apa yang membuatkan saya terharu adalah, apabila melihat kita semakin ada kesedaran untuk sentiasa saling memberi sokongan antara satu dengan yang lain lebih-lebih lagi dalam perniagaan tanpa menjatuhkan orang kita sendiri.

Segala kesilapan yang pernah kami lakukan saya memohon kemaafan dengan sangat ikhlas. Andai ada tidak puas dihati anda, tegurlah kami secara berhemah dan dengan membangun bukan menjatuhkan.

Kepada anda semua yang selama ini tidak pernah lepas dari singgah, duduk dan makan ataupun yang membungkus makanan, kami sangat terharu melihat sokongan anda. Ini semua adalah berkat bagi kita semua. Bagi mereka yang sentiasa sabar, memberi cadangan, nasihat, kata2 semangat dan peringatan, saya hulurkan doa buat anda semua agar sentiasa diberikan rezeki sesuai dengan keperluan kamu. Kami sangat hargai.

Harapan saya adalah,
dengan adanya dan apabila berkembangnya kedai makan ini, kita boleh sejajar dengan bangsa yang lain dalam bidang perniagaan agar dapat membantu sesama kita atau yang bukan sesama kita, dapat belajar untuk bersaing secara bersih dan sihat, mengeratkan lagi silaturahim dan yang pastinya menjadi memori terindah bagi anda semua ketika makan bersama keluarga anda di kedai makan kami.

Pesanan saya kepada anak muda yang baru mula berjinak2 dalam dunia perniagaan, tanpa kamu berani mencuba semuanya tidak akan berhasil. Kuatlah menghadapi cabaran, ingat! Semakin besar cita-cita kamu, semakin besar juga cabaran Tuhan izinkan datang untuk mengajar kamu. Bertumbuhlah dengan matang, teruskan usaha, jangan berhenti dan bersainglah secara bersih dan sihat.

Sekian dari saya,
.

Address

LOT NO. 1, BLOK N, KEDAI SEDCO
Ranau
89300

Opening Hours

Monday 06:30 - 20:50
Tuesday 06:30 - 20:50
Wednesday 06:30 - 20:50
Thursday 06:30 - 20:50
Friday 06:30 - 20:50
Saturday 06:30 - 20:50
Sunday 06:30 - 14:30

Telephone

+60133140394

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kim's Recipe Restaurant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category