04/09/2021
Hi. Jom buat kek moist coklat yang mudah dan sedap. Dapat resipi dari google ja.. yang dishare dan open untuk sesiapa yang mahu mencuba. Banyak juga Sai tengok resipi mudah di google.. ini antara nya.. sangat mudah.. siapa pun boleh buat.. sukatan cawan ja.. Terima kasih pada pemilik asal.. semoga ada pahala kerana berkongsi dan memudahkan orang lain. Jom cuba dan kongsi.. mudah2an bermanfaat.
BAHAN A:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking soda
- 1 sudu teh baking powder
- sedikit garam
BAHAN B:
- 1/2 cawan susu segar
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C:
- 2 biji telur
- 1 cawan air panas mendidih
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan2 A. Kacau sebati menggunakan senduk
2. kemudian masukkan bahan B. Pukul guna mixer hingga sebati
3. Masukkan telur ke dalam adunan. Pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan sedikit pekat.
4. Akhir sekali, masukkan air panas menggelegak. Kaup balikkan guna spatula atau sudip kayu hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dialas kertas baking atau oles dengan sedikit mentega.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C, guna api atas bawah selama 45 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek dan bolehlah dituang coklat masakan. dah siap..