05/08/2026
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Kamarool Haji Yusoff @ Cik Man atas pemergian insan yang telah sekian lama menceriakan dan menghiburkan masyarakat menerusi bakat seninya.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.
Al-Fatihah.