27/06/2024
Maaf Sy dan Suami orang Bersara tidak berpencen.
Kami berniaga dr muda sampai ke tua. Apa yg ingin sy kongsikan kehidupan kami selepas tidak berniaga.
Masa umur 60 kira2 10 th lalu suami sarankan sy untk berhenti ambil upah menjahit. Dia kata susah kalau terus menjahit sebab dia nak ajak sy jalan2.
Kami di minta oleh anak2 untk tidak menetap di kampung dn anak sulung suruh kami tinggal bersamanya. Kami jual rumah kami dn tinggal bersama2 anak menantu dn cucu. Tiada masaalah duduk serumah sy bebas lakukan apa shj dn kami sama2 urus kehidupan seharian dlm banyk perkara. Sy p**a merasa senang dapat lihat cucu2 membesar depan mata serta dapat memberikan nasihat2 yg mereka perlukan. Kadang menghantar dn ambil cucu bila anak menantu ada urusan lain. Anak bongsu tak jauh jadi selalu dapat jumpa. Anak lelaki di Kuching tapi selalu dtg sini.
Sy dn suami kadang2 bekerja jadi cashier restoran anak. Sy lebih s**a ada kerja dn dapat berhubung dgn ramai orang supaya minda sy aktif berfikir. Sy juga masih dgn hobi menanam bunga. Kalau ada peluang sy s**a berenang.
Sekarang sy dan suami banyak habiskan masa berjalan sana sini. Kami s**a menyusuri bandar2 kecil dn besar di Semenanjung. Menginap satu dua malam di setiap tempat.
Suami 72 tahun masih larat memandu dn sy duduk disebelah akan bantu dgn membaca waze menghulur minuman dn snek masa memandu. Kami berbual dgn bermacam topik dn kadang topik yg boleh buat sy sentap. Tapi tak merajuk tak marah hanya diam sekejap.
Semoga cerita sy jadi kisah positiv pd rakan2 pencen. Harap2 juga tidak marah dgn tulisan sy yg bukan orang pencen.
Perkongsian: Wan Zainun Wan Saupik