23/08/2023
Pulau Pinang sedia RM39 juta untuk pembangunan agromakanan
Permatang Pauh, 9 Ogos 2023 – Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow mengumumkan sebanyak RM17.36 juta telah diperuntukkan melalui Bajet Negeri Tahun 2023 untuk pembangunan sektor agromakanan di negeri ini.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang telah memperuntukan RM21.66 juta untuk pembangunan sektor agromakanan di negeri Pulau Pinang.
Menurut Kon Yeow, semua Jabatan/Agensi dan pemain industri agromakanan serta rakyat di negeri ini diharapkan dapat memanfaatkan bantuan, inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan keterjaminan makanan negara melalui usaha sama yang utuh (collaborative effort) secara Whole-of-Government dan Whole-of-Society Approach dapat direalisasikan.
“Keterjaminan makanan merupakan satu agenda nasional dan tanggungjawab semua. Oleh itu, saya mengharapkan semua warga tani di negeri ini sentiasa berusaha dan memberi sumbangan terbaik bagi meningkatkan serta memartabatkan sektor pertanian di Pulau Pinang demi memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara,” jelas beliau lagi.
Timbalan Ketua Pengarah Pertanian, Nor Sam Alwi berkata, Kerajaan yakin pendapatan pesawah akan melonjakkan penghasilan padi negara daripada SSL 65% ke tahap maksimum menerusi pengumuman YAB Perdana Menteri semalam mengenai peningkatan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan yang berkuatkuasa hari ini.
Dalam majlis yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyampaikan cek cura kepada wakil penerima insentif agromakanan Pulau Pinang Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta menyerahkan mesin jentuai dan traktor kepada 6 kelompok padi di Pulau Pinang.
Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Norlela Ariffin, Pengarah Pertanian Pulau Pinang, Mohd Muhaimin Ibrahim dan pegawai kanan Jabatan dan Agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Gambar : https://www.instagram.com/p/CvuYNcdN_sX/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Video : https://vt.tiktok.com/ZSLVAx6VS/
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Tuan Chan Foong Hin 陈泓缣
YAB Tuan Chow Kon Yeow 曹觀友
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang