03/10/2022
Amin
6 KEUTAMAAN SOLAT DHUHA
Berikut inilah 6 keutamaan solat dhuha sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis sahih.
1 - Diwasiatkan Rasulullah mengerjakannya setiap hari.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata:
“Kekasihku mewasiatkan tiga hal yang tidak akan kutinggalkan hingga mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dan solat witir sebelum tidur” ~ HR. Al Bukhari
2 - Solat dhuha adalah Solat Awwabin.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata:
“Kekasihku (Muhammad) mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang aku tidak meninggalkannya: agar aku tidak tidur kecuali setelah melakukan solat witir, agar aku tidak meninggalkan dua rakaat solat dhuha kerana ia adalah solat awwabin serta agar aku berpuasa tiga hari setiap bulan”~ HR. Ibnu Khuzaimah
Awwabin adalah orang-orang yang taat. Merutinkan solat dhuha, dengan demikian, berarti menjadikan seseorang dicatat sebagai orang-orang yang taat.
3 - Solat dhuha 2 rakaat senilai 360 sedekah.
“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” ~ HR. Muslim
“Di dalam tubuh manusia terdapat tiga ratus enam puluh sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at dhuha sudah mencukupimu.” ~ HR. Abu Dawud
4 - Solat dhuha 4 rakaat membawa kecukupan sepanjang hari.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” ~ HR. Ahmad
5 - Solat dhuha merupakan ghanimah terbanyak.
Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendengar para sahabatnya membicarakan tentang ghanimah (harta rampasan perang), maka beliau menunjukkan amal yang lebih banyak dari pada ghanimah-ghanimah itu.
“Barangsiapa berwudhu kemudian pergi pada waktu pagi ke masjid untuk melaksanakan solat dhuha, maka hal itu adalah peperangan yang paling dekat, ghanimah yang paling banyak, dan kembalinya lebih cepat” ~ HR. Tirmidzi dan Ahmad
6 - Pahala solat dhuha senilai dengan pahala umrah.
Untuk keutamaan keenam ini, penjelasannya dapat dibaca pada solat dhuha berpahala umrah.
Setelah tahu 6 keutamaan solat sunat dhuha ini marilah kita usahakan dan sempatkan untuk mengerjakannya.
Alhamdulillah ♥️