03/09/2026
Video ni bukan sekadar cerita pasal kerja hotel, tapi pasal mendidik standard F&B untuk semua..
3 point penting yang kita kena pegang based on my experience, iaitu :
1) Keseimbangan antara 50% Layanan + 50% Ilmu Produk. Pelanggan tak berkira pasal harga kalau layanan padu, tapi depa akan complain kalau bayar mahal tapi service janji ada.
2)Sentiasa Upgrade, belajar F&B ni xkan pernah habis. Knowledge dan trend sentiasa berubah, maksud nya food and beverage akan sentiasa berubah, hospitality xkan pernah berubah..
3)Mesej Untuk ank muda, passion tu bagus, tapi awal2 ni jangan lock pada satu produk je. Teroka kepelbagaian tentang F&B dan fahami keseluruhan dunia fnb dan hospitality. Hotel cuma salah satu tempat terbaik untuk buang ego dan timba asas ni..
Ingat, Hospitality datang dulu, F&B datang kemudian.