Misi Rakyat PORT KLANG

Misi Rakyat PORT KLANG Misi Rakyat Kawasan Port Klang, Telok Gong, Pandamaran, BB Sultan Sulaiman, KRU, Sg Sireh Dan Sekitar

31/01/2025

Misi Express akan BETA TEST mulai jam 3PM ni. So nak tanya ada tak sape2 nak hantar apa2 harini? Order guna Misi please.. nak test run harini..
Saya pun jadi runner harini.. excited nak tengok flow Misi Express ni.. BETA TEST ni untuk seluruh Malaysia tau. Dalam bandar, luar bandar, dalam p**au semua boleh guna Misi Express.
Jom try naa.. hantar dekat2 dulu.. hantar barang pada parent ke, pada orang tercinta ke, pada kawan2 atau pada customer2 anda. Kalau diizinkan.. mungkin saya yang hantar job anda 🤭😬
Install app nama “misi”

30/01/2025

Nampak tak ada benda baru disitu.. 😗 Misi Express akan pilot test esok 31 Januari.. so nak ajak semua pilot test esok.. kalau nak berlaku apa2 bug.. berlaku esok je.. nak cari laju2 dan terus fix..
Start 1 Februari, kita lancarkan Misi Express officially seluruh Malaysia.. dan saya sendiri akan jadi runner fulltime sepanjang bulan Februari untuk fahami susah payah runner dan terus cari jalan apa yang boleh senangkan lagi urusan runner.
InsyaAllah banyak kemajuan yang kita dah makin capai.. moga kita dapat membina perubahan bersama-sama..
Saya excited nak drive ke sana ke sini.. bolehlah jumpa2 team juga sepanjang bergerak.. sebab boleh buat job runner ni bebas dimana2..

23/01/2025
20/01/2025

Apa beza Misi Foods dan Misi Express? Dalam post ni akan terjawab semua komen2 mengenai “Abang Kawasan” yang disalah erti.
Misi Express tiada had kawasan. Semua runner bebas bekerja dimana-mana dalam negeri masing-masing. Kerana express ni penghantaran jauh-jauh.
Misi Foods p**a ada melibatkan makanan yang perlu dihantar segera dan tidak boleh ada isu penghantaran.
Pada peringkat awal Misi Foods dibangunkan.. beberapa perkara yang tak patut telah berlaku.
1. Rider accept job tapi tidak buat delivery
2. Rider utamakan job pink atau hijau hingga makanan job Misi sampai sejuk pada customer.
3. Rider tidak konsisten sehingga ada hari yang langsung tiada rider.
Sy dapati semua ni berlaku kerana rider tidak sepakat dan tiada peraturan atau garis panduan..
Sebab itu setiap kawasan mula ada sistem pentadbiran untuk pastikan semua sefahaman dan bekerjasama dalam garis panduan yang ditetapkan dalam kawasan masing-masing.
Garis panduan ni diputuskan oleh majoriti rider kawasan itu sendiri atas perbincangan bersama.
Maka selepas itu, order Misi semakin meningkat dan customer berpuas hati gembira dengan service rider yang penuh sopan santun, jujur dan sangat mudah berkomunikasi.
Misi berjaya membina satu komuniti delivery yang berjiwa besar dan lembut. Sebab itu lebih 50% customer setiap hari di Misi selalu bagi tips kepada rider..
Tapi sy tidak nafikan ada pentadbiran kawasan yang struggle untuk menyatukan semua kerana ada pelbagai ragam untuk diselaraskan..
Jika ada yang keras, maka keraslah komunikasinya
Jika lembut, maka lembutlah komunikasinya..
Tiada siapa yang sempurna.. yang penting kita semua contohi akhlak Baginda sendiri yang penuh kelembutan.
Dan kenapa ada kawasan yang hadkan jumlah rider? Ini adalah kerana jumlah rider mengikut jumlah order.
Jika anda adalah rider.. pasti anda juga tidak mahu aplikasi anda ambil rider banyak sehingga anda tiada order. Atau istilahnya “Bangau”.
Tapi trust me, setiap kawasan sedang menambah jumlah rider kerana order semakin meningkat.
So untuk Misi Express, tiada pentadbiran kawasan. Anda semua bebas bekerja di dalam negeri anda.

22/09/2024
16/09/2024
Assalamualaikum semua, Alhamdulillah setelah beberapa hari mengalami masalah teknikal dan kekurangan Rider hari ini RABU...
29/05/2024

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah setelah beberapa hari mengalami masalah teknikal dan kekurangan Rider hari ini RABU 29/05/2024 Misi Rakyat PORT KLANG kembali beraksi! Minta maaf kepada semua yang ada masalah order beberapa hari ini, InshaAllah kami akan memberi khidmat terbaik 🤗 Silakan order dari Vendor2 Makanan Port Klang 🥰

Aplikasi Penghantaran yang dibina oleh kesepakatan rakyat untuk membentuk pasaran lokal baru negara.

Address

Port Klang

Telephone

+60166307524

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misi Rakyat PORT KLANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Misi Rakyat PORT KLANG:

Share