Char Kuey Tiaw Warisan

Char Kuey Tiaw Warisan Halal itu fardhu, sedap itu paduuu !

27/05/2022

Assalammualaikum
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan

Allah SWT memerintahkan manusia dalam menjalani kehidupan untuk bekerja bagi menyara hidup. Selagi kita berkemampuan untuk mencari rezeki, kita mesti meneruskannya kerana ini merupakan perintah Allah SWT kepada kita. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Al-Jumuah, ayat 10:

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya:
"Apabila Telah ditunaikan solat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."

30/04/2022
29/04/2022

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa, mohon ampun dan maaf atas segalanya, selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami C.K.T Warisan.
Terima kasih kerana support perniagaan kami sepanjang kami beroperasi.

Insha Allah, kedai kami akan beroperasi selepas raya ke-2.


18/04/2022

Salam Nuzul al-Quran
17 Ramadhan 1443H | 19 April 2022

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Isra, ayat 9)

“Ya Allah sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran.”

Pohon selasih di tepi perigi,
Indah berseri di waktu pagi,
al-Quran itu mukzijat tertinggi,
Marilah sama kita hayati.


08/04/2022

Assalammualaikum korang hari ini berbuka apa ?🤔 Kalau rasa pening kepala nak fikir dimana port iftar yang selesa boleh lah cuba datang ke berada di Lopaq Pd@Batu ompek bersebelahan hotel sri malaysia. Disini banyak lagi juadah yang anda boleh nikmati dengan tempat yang luas dikelilingi lampu dan view hadap pantai. Jumpa disana !🤪 Happy iftar 🤍

07/04/2022

Tuhan atur saja bagaimana baiknya, sudah abis kata-kata ku untuk meminta .
Kini, "aku ingin berterima kasih saja"

.K.T_Warisan

07/04/2022

Alhamdulillah dengan izin Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki

07/04/2022

Assalammualaikum buat muslimin musliman dan saudara saudari kini kami bertapak di Tapak Bazar Ramadhan Batu Ompek Port Dickson sepanjang Bulan Ramadhan yg penuh Barakoh ini dari Jam 3:00 P.M sehingga Jam 7:00 P.M sahaja dan kami akan sambung di Lopaq Pd bersebelahan Hotel Sri Malaysia Sehingga jam 12:00 A.M . Dengan merendah diri kami ingin meminta sokongan saudari saudari serta rakan rakan yang berada sekitar Port Dickson mahu pon diluar Daerah Port Dickson Mari support dan membeli juadah berbuka di tapak Bazar C.K.T Warisan bersebelahan Ikan Bakar Berapi Batu Ompek.

05/04/2022

Assalammualaikum Marhaban Ya Marhaban ! Salam Ramadhan Kareem buat muslimin dan muslimat. Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadhan 1443H yang penuh barokah. Mohon maaf lahir dan batin

.K.T_Warisan

Address

49, Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 17:00 - 00:00
Tuesday 17:00 - 00:00
Wednesday 17:00 - 00:00
Thursday 17:00 - 00:00
Friday 17:00 - 00:00
Saturday 17:00 - 00:00
Sunday 17:00 - 00:00

Telephone

+60136219702

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Char Kuey Tiaw Warisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Char Kuey Tiaw Warisan:

Shortcuts

Share

Category