Nasi Kukus Buluh-Pontian

Nasi Kukus Buluh-Pontian Menjual nasi kukus buluh ayam berempah

06/04/2024

SAYYIDUL ISTIGHFAR

Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.
(HR Al-Bukhari, hadis sahih)

Masa berniaga minggu lepas.. abam dikejutkan dengan statement sentap dari sorang makcik....Makcik  " Makcik tengok hampa...
16/12/2023

Masa berniaga minggu lepas.. abam dikejutkan dengan statement sentap dari sorang makcik....

Makcik " Makcik tengok hampa yg dok niaga ni muka² muda lagi naaa.... macam muka belasan tahun pun ada... awai dua puluhan pun ada...."

Abam " Macam tu la makcik.... anak² muda nak cari rezeki dengan berniaga ...."

Makcik " Tapi rugi la.... pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar... masuk kolej ka.... universiti ka.... bukan apa.... pasar malam ni bukan ada jaminan apa² pun kat hampa.... EPF SOCSO pun tak dak.... pencen lagi la tak dak....anak makcik 3 orang perempuan ... tiga² masuk universiti.... lani tiga² kerja kerajaan.... ada la jaminan hidup.... lega hati... "

Abam " Alhamdulillah... rezeki masing² makcik.... berniaga pun ok jugak.... pun ada jaminan jugak.... "

Makcik " Jaminan apa nya.... nak beli apa² pun susah... nak buat loan lagi la susah.... nak habaq kat hg.... anak sulong makcik.... kerja kerajaan 6 tahun dah... lani ni boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat KL sana... hg tau la harga rumah kat sana ratus² ribu.... bukan senang nak dapat beli... "

Abam " berniaga ni seronok.... duit hari² depan mata kami.... cukup buat kami puas.... berniaga ni kan sunnah Nabi "

Makcik " Elehhhhh.... lani cakap pakai mulut boleh la.... kalau anak makcik nak kawin dengan orang macam hampa... makcik tak restu "

Tersentap sungguh laaaa.....

Moral of the story :
1. Berniaga dan ada pelajaran tu satu bonus.... tapi bukan bermaksud boleh perlekehkan orang yg berniaga tanpa pelajaran akedemik.... berniaga jugak satu tempoh pembelajaran....

2. Cukup² lah angkat bakul sendiri.... jadi muak orang dengar... paham kot naa!

3. Orang berniaga ni orang yg mencipta peluang... peluang apa? peluang ekonomi...sama² boleh berkongsi rezeki dengan orang lain

4. Kebanyakkan peniaga² ni jutawan senyap... tak s**a nak show off... biar orang nampak selekeh... janji tak selekeh wang ringgit

5. EPF SOCCO? Ya penting... tapi bukan la jadi penanta aras berniaga tu tak daa jaminan... alternatif lain kan ada...

6. Tak sangka dalam era tahun 2018 ni pun masih ada orang berpandangan macam ni.... berubah lah!

Perjuangan orang berniaga ni berbeza... mungkin nampak 'lekeh' di mata sesetengah orang... yg lekeh tak bererti tak berisi di dalam... bila perlu baru tunjuk... tak s**a menunjuk-nunjuk...

itu saja..... Peace ✌️
C&P
credit to penulis asal

Kita hidup dibawah langit yang sama..Buang kebencian, tanam kasih syg..Hidup jgn menongkat langit..Semoga dipermudahkan ...
11/08/2023

Kita hidup dibawah langit yang sama..

Buang kebencian, tanam kasih syg..

Hidup jgn menongkat langit..

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu..

Salam Jumaat..❤️

Ramai yang kata. Terimalah orang yang disekeliling kita seadanya. Terima dan syukuri baik dan buruknya. Kenapa? Sebab ki...
15/06/2023

Ramai yang kata. Terimalah orang yang disekeliling kita seadanya. Terima dan syukuri baik dan buruknya. Kenapa? Sebab kita sendiri banyaknya cela dan tidak pernah sempurna.

Hidup ini bukanlah suatu persaingan
Tetapi ianya adalah suatu perjalanan
Makanya jalanilah ia dengan ketenangan
In shaa Allah akan ada kebahagiaan...

Ya Allah permudahkanlah urusan kami
Pulihkan rasa sedih di hati kami
Rawatilah rasa pilu di jiwa kami
Agar kami senantiasa berusaha melakukan sehabis baik
Demi menggapai redhaMu

Aamiin ya rabb

La Tahzan!
Husnuzon
Fasobrun jamil
Keep moving!
Be stronger! Be better!
No one is perfect, ALLAH IS PERFECT
We just get better...
In shaa Allah

Assalamualaikum & Salam jumaat

Salam Ramadhan Al-Mubarak1444 Hijrah bersamaan 2023 MasihiSelamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan i...
22/03/2023

Salam Ramadhan Al-Mubarak
1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat islam.

Semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu kerahmatan,keinsafan dan menghapus dosa kepada kita semua.

Marhaban Yaa Ramadhan!

Iklas,
Dari seluruh team NKB

25/07/2022

Address

Parit Masjid
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 11:00 - 16:00
Tuesday 11:00 - 16:00
Wednesday 11:00 - 16:00
Thursday 11:00 - 16:00
Saturday 11:00 - 16:00
Sunday 11:00 - 16:00

Telephone

0126774827

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Kukus Buluh-Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category