21/05/2021
Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?
Begini kisahnya..
Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW melihat Sahabat di seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:
โBersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.โ
Maka ucapan yang sama kita ucapkan: โBersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.โ
Adakah Allah tak tolong orang Palestin?
Rujuk Kisah Sumayyah, adakah Allah tak tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.
Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu penting! Jangan terkena penyakit Wahan, Mati kena seksa bukan kegagalan, mati tak beriman itu lah kerugian yang besar.
Secara hakikatnya, Negara merdeka bukan kejayaan, Negara perang juga bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau perang, itulah kejayaan.
JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang apatah lagi?!
Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!
Sebab tu ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!
Bantuan terbesar adalah dapat mati dalam keadaan beriman
Jadi kita doakan, orang Palestin dikuatkan Keimanan, dan mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..
Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, Sahabat nya dibunuh, Cucunya akan dibunuh, semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh waktu hadapi ujian, sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati?
Tapi adakah kita mati beriman atau tidak? Itu yang besar!
Jadi apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, MENINGGALKAN SOLAT ,meninggalkan perintah Allah hidup tak beriman,kufur itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati diserang musuh tapi sempat mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Nikmat dapat beriman pada Allah! Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
GAGAL SEBENAR BUKAN GAGAL MEDAN PERANG,GAGAL SEBENAR ADALAH HIDUP TAK TAAT PERINTAH ALLAH
Selalu dengar kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Takโฆ, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita bantulah apa yang mampu.
Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.
โBersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.โ