Homestay Cabin - Serkat

Homestay Cabin - Serkat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Homestay Cabin - Serkat, Kampung Serkat Timur, Pontian.

13/08/2025

Suasana Kampung yang sebenar..

14/04/2025

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub
(1 Disember 1961 – 23 Julai 2023)
DGSM, DSPN, ialah ahli politik Malaysia.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023 akibat pendarahan otak setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Biodata

Salahuddin bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Berketurunan peranakan Melayu-Cina serta sekampung dengan Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik.

Isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973).

Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976)

Dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian tingkatan 5,

Meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat, Pontian (1979-1980).

Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977.

Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.[6][7]

Kerjaya dan politik

Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.[8]

ABIM

Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).

PAS

Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987),
Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989),
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999),
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995),
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997),
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999),
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001),
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003),
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009),
Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015)[9].
Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001),
Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001),
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995),
Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997),
Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001),
Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan
Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).
Bertanding di kerusi Parlimen Pulai, Johor dan Dewan Negeri Nusajaya (kini dikenali sebagai Kota Iskandar) pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 namun tewas kedua-dua kerusi kepada calon Barisan Nasional.

AMANAH

Dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada tahun 2015.

Memenangi kerusi Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Memenangi kerusi Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Pulai, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.

HARAPAN

Dilantik sebagai Naib Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 22 September 2015.

24/03/2025
15/03/2025

Selamat Berpuasa...

Nak balik kampung, tapi tak de rumah...
Nak balik kampung, tapi tak de bilik...
Nak balik kampung, tapi bini tak nak....

Tak pe kami ada... boleh relax dengan selesa dalam suasana yang betul-betul kampung...

Address

Kampung Serkat Timur
Pontian
82300

Opening Hours

Monday 11:00 - 23:00
Tuesday 11:00 - 23:00
Wednesday 11:00 - 23:00
Thursday 11:00 - 23:00
Friday 11:00 - 23:00
Saturday 11:00 - 23:00
Sunday 11:00 - 23:00

Telephone

+60194823892

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Cabin - Serkat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share