14/07/2021
BISNES TAK BERKEMBANG DAN RUGI?
S**A TERIKUT2 PESAING. ORANG JUAL NI DIA NAK JUAL NI.
Biasa dengarkan masalah bagi peniaga2 baru.
Inilah dilema peniaga kecil yang sales stuck di tahap yang sama. Antara faktor mengapa peniaga kecil s**a jadi followers kepada pesaing ini adalah kerana tiadanya ilmu bisnes yang betul.
Jom Baca kisah usahawan muda Tuan Qais. Beliau founder al-Quran jenama Qalyma. JOM IKUTI KISAH BELIAU.
Nak tahu punca bisnes beliau asyik rugi? Inilah puncanya.
1. Ingat bila buat iklan berbayar, sales naik
"Mula-mula saya meniaga, saya rugi disebabkan kos marketing saya yang tinggi dan pelanggan tak ramai membeli."
Situasi pemuda ini dulu-dulu sama dengan peniaga kecil hari ini. Ada mindset iklan berbayar seperti facebook ads ini sebagai skim cepat kaya.
Sebenarnya bukan salah iklan berbayar tu, tapi 80% kejayaan iklan berbayar itu datangnya dari strategi yang betul. Inilah antara faktor bisnes beliau sebelum ini asyik rugi.
2. Kurang ilmu jaga pelanggan
Cari mentor dan ilmu seberapa banyak untuk mengembangkan business anda. Kadang2 kita tak tahu apa yang kita buat betul atau tidak.
Sebelum ini, beliau tak tahu pun rupanya ada ilmu dan strategi yang betul untuk buatkan pelanggan sedia ada sebelum ini terus membeli berulang kali.
Kesan ketara bila dah belajar, kos marketing cari pelanggan baru dah makin berkurang. Dan impaknya, syarikat dapat jimat kos marketing.
3. Produk sama dalam pasaran
Akibat s**a ikut-ikut pesaing, produk beliau sebelum ini sering menjadi pilihan bukan utama kerana nampak sama dalam niche al-Quran.
Setelah menerima menasihati dari mentor, beliau sentiasa menawarkan kelainan daripada pesaing, beliau hari ini mempraktikkan ilmu R&D (Research and Development) produk jenamanya bagi sentiasa mengikut demand pasaran.
4. Bertindak pantas dan konsisten
Belajar saja tak guna bang kalau kita tak praktikkan dan guna ilmu tu dengan konsisten.
Di sebabkan beliau terus mengambil tindakan segera dan mempraktikkan segala ilmu yang dia belajar. Bisnes beliau menunjukkan peningkatan yang ketara.
Menarik sangat journey usahawan muda ini,kan?
Bila kita dah tahu puncanya baru kita sedar apa yang kita lakukan sebelum ini tidak mendatangkan hasil yang konsisten.
👉Sedar punca masalah pada business dengan cepat.
👉Cari ilmu sebanyak mungkin dan cari mentor yang betul.
👉Cipta kelainan dan jangan terikut2 pesaing.
👉Bertindak pantas dan konsisten
Sekian, sedikit ilmu yang boleh kami kongsikan. Sebenarnya banyak lagi tips dan ilmu yang boleh kita kongsikan.. Insyallah di post2 yang akan datang la ye. Semoga kalian mendapat manfaat dari kisah QAIS ini.
Apa-apa pun segala rezeki datang dari ALLAH swt. Kenapa kita tidak ingat dan minta kepadaNYA.
" MENGAPA KITA HANYA FOKUS MEMINTA BANTUAN DAN MERATAP NASIB DIKALA DI TIMPA MUSIBAH, SEDANGKAN APA YANG PENTING YANG HARUS KITA LAKUKAN ADALAH BERUSAHA DAN IKHTIAR MENCARI SOLUSI DI SETIAP MASALAH YANG MELANDA"
RENUNG2KAN YE GUYS