25/04/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yg telah bersama2 menjayakan FoodBank Pitas sejak ditubuhkan pada 23/10/2020...
Tujuan utama Foodbank ditubuhkan pada masa itu adalah kerana seluruh Negara mengalami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rentetan dari itu ramai yg bekerja terjejas pendapatan, ada yang kene kuarantin serta mengalami pelbagai kesukaran dalam meneruskan kehidupan seharian.
Alhamdulillah...dengan izin Allah..Negara kita beransur pulih dan tiada lagi PKP setelah Endemik diumumkan. Untuk makluman, dana kita dibantu oleh ramai rakan2 Admin dari Semenanjung, sekitar Daerah Pitas dan juga dari Kota Kinabalu, Dana FoodBank bukannya sama sekali dari pertubuhan mana2 NGO, badan politik atau dari Kerajaan...99 peratus adalah sumbangan peribadi dari mereka2 yang sangat prihatin terutama dari rakan2 guru dan doktor yg pernah menabur bakti di Daerah Pitas. Mereka turut merasa terkesan dan sedih dengan keadaan masyarakat di sini walaupun masing2 telah bertugas di Kg Halaman masing2.
Pada hari ini, Admin ingin memberitahu bahawa FoodBank kita DIHENTIKAN kerana tiada lagi sumbangan dalam amaun yg besar seperti masa Pandemik 2 tahun lalu.
Semoga mereka yg telah menyumbang dikurniakan Rahmat Ilahi yang berterusan serta mendapat ganjaran pahala yg berterusan.
Terima kasih semua♥️