29/05/2026
Korban Yang Membawa Erti, Rezeki Yang Dikongsi Bersama
Alhamdulillah, selesai merakam momen penuh bermakna dalam Program Korban Perdana Nasmir Holding (P.P) Sdn Bhd sempena Aidiladha tahun ini.
Tahun ini, sebanyak 3 ekor lembu korban telah disempurnakan dan hasil agihan berjaya disalurkan kepada 720++ penerima sekitar kariah Taman Pelangi. Lebih istimewa, setiap penerima turut menerima sekampit beras 5KG sebagai tambahan bantuan buat keluarga yang memerlukan.
Program ini bukan sekadar ibadah korban, tetapi lambang keikhlasan, kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki demi membantu komuniti setempat. Dari awal persiapan hingga selesai agihan, jelas terpancar nilai kemanusiaan yang cukup indah untuk dirakam dan dikenang. Jika ada sebarang kekurangan insyallah kami pihak Nasmir Holding Sdn Bhd akan perbaiki di tahun yang akan datang. ❤️