Yatidanbedah

Yatidanbedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yatidanbedah, Restaurant, medan selera seksyen 14, Petaling Jaya.

Serving halal Hokkien Mee cooked with 100% chicken oil Complete with crispy chicken skin Enjoy our homemade wheat flour noodles with authentic Laksa Kuala Kangsar, Tauhu Bakar, SOTong Kangkung, and the famous Nasi Sambal Opah and made with love every day

06/08/2026
Tak adalah saya nak buat semua menu. Cuma kedai saya tak ada nasi. Tiba-tiba saya teringat nasi goreng arwah bapak saya....
05/08/2026

Tak adalah saya nak buat semua menu. Cuma kedai saya tak ada nasi. Tiba-tiba saya teringat nasi goreng arwah bapak saya. Resepinya sangat simple, tapi bagi saya, itulah antara nasi goreng yang paling sedap.

Dulu-dulu saya bukan macam sekarang. Saya jenis susah nak makan. Tapi ada satu makanan yang kalau arwah bapak masak, saya akan makan tanpa banyak cerita, iaitu nasi goreng dia.

Sampai sekarang pun, kalau mak atau kakak saya masak nasi goreng itu, saya tetap akan makan. Ringkas, tapi cukup menyelerakan.

Sebab itu saya teringin nak cuba bawa nasi goreng itu ke kedai. Dapat sambutan atau tidak, saya tak tahu. Tapi macam abang saya selalu cakap,

"Buat dulu, fikir kemudian." 😊

Sama juga dengan Laksa Special. Saya letak kulit ayam dan telur goreng sebab saya nak bagi sedikit kelainan. Insya-Allah saya masih mencari idea untuk jadikan telur goreng itu ada identiti tersendiri.

Orang selalu buat laksa sarang burung. Saya p**a nak cuba hasilkan sesuatu yang berbeza. Mungkin tak sempurna pada permulaan, tapi sekurang-kurangnya saya cuba buat daripada idea sendiri. 😊

Insya-Allah, esok yang ada:
• Tauhu Bakar
• Sotong Kangkung
• Hokkien Mee
• Char Kuey Teow

Terima kasih kepada semua yang masih sudi datang, mencuba dan menyokong kedai kecil saya. 😊

05/08/2026

Terima kasih sudi datang 🥰. Kebanyankan customer datang dari tiktok 🥰. Tak pernah lagi dengar dari Facebook 🥰.
Alhamdulilah dan terima kasih.
Kawan-kawan baru pertama kali cuba dan ini kata-kata mereka 🥰

tengah lepak dengan kawan baik. Sekali terjumpa chef alam. 🥰 Saya s**a tengok dia buat live, lepas tu selalu juga borak ...
17/07/2026

tengah lepak dengan kawan baik. Sekali terjumpa chef alam. 🥰 Saya s**a tengok dia buat live, lepas tu selalu juga borak masa live.

Tapi chef alam seriously tak kedekut ilmu kongsi rahasia. Dia pun ajar tips sikit untuk hokkien mee. Inshallah boleh try, tapi jujurnya agak terkejut juga. Tapi it's ok itu rahasia kami.

Tapi thank chef alam, kongsi dengan saya cara nak tahu kicap sedap ke tak. 🥰.

Inshallah kicap yang chef alam kongsi tu boleh cuba beli.

Tapi 🥰 baik la anak chef alam ni 🥰. Comel betul anak laki dia 🥰. Bila tengok, teringat anak sedara ahmad dan luqman 🥰

Hari ni ceo datang ke kedai secara mengejut.tak tahu apa apa, ceo didepan kedai lalu ceo berkata kepada saya"bukak lamba...
16/07/2026

Hari ni ceo datang ke kedai secara mengejut.
tak tahu apa apa, ceo didepan kedai lalu ceo berkata kepada saya
"bukak lambat hari ni"?

😊, actually tak la lambat tapi saya nak prepare betul-betul sebelum mula. 8.30 malam saya mula. tapi syukur alhamdulilah mak dan acik datang. ada masa sikit untuk saya lari uruskan sesuatu.

alhamdulilah, habis kulit ayam cuma laksa gandum saje yang tak habis. seperti saya selalu cakap dengan regular customer saya. laksa bila saya buat banyak, selalu tak habis dan terbuang, kalau saya buat sikit, time tu ramai yang Tanya 😊. tapi tak apa, ini semua rezeki .

bagi sesiapa yang join live, tapi saya seperti tak layan, saya minta maaf. saya buat live, kalau saya tengah masak, jujurnya saya lebih focus kepada memasak dan cuma nak bagi tahu yang kedai bukak. details semua boleh tengok kat page 🙇🏻‍♀️.

tapi........

kalau waktu free, ye saya ada masa untuk berborak.

terima kasih sudi datang hari ni. inshallah , satu hari nanti mungkin akan bukak hari minggu 😊

15/07/2026

Inshallah esok bukak seperti biasa 🥰

Saya Merancang, Allah SWT Menentukan 🤲Alhamdulillah. 🥰Kali pertama 6kg Hokkien Mee habis dalam 1 hari. Selalunya 1kg–3kg...
14/07/2026

Saya Merancang, Allah SWT Menentukan 🤲

Alhamdulillah. 🥰

Kali pertama 6kg Hokkien Mee habis dalam 1 hari. Selalunya 1kg–3kg untuk 3 hari, dan jujurnya 😅 hari ini semua prep saya habis.

Hari ini juga ada hamba Allah SWT yang sudi berkongsi rezeki dengan kita semua. Ada yang tahu dan ada yang tak tahu 😊 Tapi seronok saya tengok bila kawan-kawan datang bawa keluarga, sama-sama menikmati rezeki yang dikongsi.

Hari ni pun tutup lewat 🥰 Ada yang datang singgah. Alhamdulillah, ada yang kata sedap. Saya cuma cuba buat dan berikan yang terbaik apa yang saya mampu. 🙇🏻‍♂️

Rezeki semuanya daripada Allah SWT. Allah SWT yang membuka segala jalan. Apa yang jadi hari ini, semuanya atas izin dan perancangan Allah SWT. Allah SWT yang membuka hati hamba-hamba-Nya.

Yang sedap bukanlah semata-mata daripada saya, semuanya dengan izin Allah SWT. Sedap itu juga sesuatu yang subjektif bagi kita semua.

Terima kasih dan Alhamdulillah. Mak, abang, acik dan kawan-kawan, doakan adik dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. 🤲

Insya-Allah, satu hari nanti kita akan buka 5 hari. Bila tiba masa yang sesuai, kita akan cari pembantu supaya proses kerja di kedai lebih lancar dan kita boleh buka lebih awal.

Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, setiap langkah akan dipermudahkan. 🤍

Alhamdulillah, hari terakhir bulan 6 🤲Separuh tahun sudah perjalanan kami berniaga pada waktu malam di Medan Selera Seks...
30/06/2026

Alhamdulillah, hari terakhir bulan 6 🤲
Separuh tahun sudah perjalanan kami berniaga pada waktu malam di Medan Selera Seksyen 14… dan jujur, tak sangka ia sampai ke tahap ini.

Semalam juga hari jadi saya 🙂
Semakin bertambah usia, semakin banyak yang bermain di fikiran—tentang usaha, rezeki, dan apa yang sedang kami bina ini.

Saya tak pernah janji makanan kami paling sedap atau sempurna. Tapi satu yang pasti, kami akan sentiasa buat yang terbaik dengan apa yang ada ❤️

Alhamdulillah hari ini Allah SWT buka hati ramai untuk datang, cuba dan support. Itu sahaja sudah cukup buat kami rasa kuat untuk teruskan.

Terima kasih kepada semua yang singgah, yang support, dan yang mendoakan.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, murahkan rezeki dan beri kesihatan yang baik 🤲❤️

Terima kasih, sudi datang dan meriahkan medan selera 14 hari ni 🙇🏻‍♀️🥰. Hari ni paling ramai dan terima kasih amirul teman dan bantu saya 🙇🏻‍♀️🥰

Address

Medan Selera Seksyen 14
Petaling Jaya
46100

Opening Hours

Tuesday 20:30 - 22:00
Wednesday 20:30 - 22:00
Thursday 20:30 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yatidanbedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category