Putu Piring Rohana USJ 2

Putu Piring Rohana USJ 2 Putu Piring Warisan yang terkenal. Boleh didapati di :

Mon - Fri : 3.00 pm - 7.00 pm USJ 2 Kiosk
Su

12/09/2021

OPEN ORDER SEMPENA HARI MALAYSIA 16/9
Alhamdulillah untuk rezeki harini. Terima kasih customer yang sudi order harini.
Atas permintaan, kami buka lagi tempahan sempena Hari Malaysia 16/9.
Putu Piring
5pcs/pack
10pcs/pack
Self Pickup PJ. Delivery by Lalamove..
Place your order
wasap.my/+601111320161/nakorder

OPEN ORDER FOR TOMORROW During this MCO we are operating from home.PUTU PIRING PACKING 5PCS/PACK RM3.5010PCS/PACK RM7.00...
11/09/2021

OPEN ORDER FOR TOMORROW
During this MCO we are operating from home.
PUTU PIRING PACKING
5PCS/PACK RM3.50
10PCS/PACK RM7.00
Self Pickup (pls cnfm ur order before pickup):
34 Jalan 51A/241, Seksyen 51A, PJ
Self pickup or Delivery by lalamove
Delivery charge depends on Apps
Place your order by call or whatsapp
Call 011-11320161
Whatsapp wasap.my/+601111320161/orderputupiring

Peringatan demi peringatan.Pengorbanan nyawa demi satu jiwa.Kematian yang memberi pelajaran.Moga kita semua melepaskan m...
09/08/2021

Peringatan demi peringatan.
Pengorbanan nyawa demi satu jiwa.
Kematian yang memberi pelajaran.
Moga kita semua melepaskan mereka dengan redha.

BUKAN KERANA SITI SARAH ARTIS yang buat satu negara ternanti-nanti perkembangan beliau. Tetapi Allayarhamah merupakan satu cerita pengorbanan ibu-ibu yang biasa kita terlepas pandang kerana ia berlaku pada sosok bukan selebriti.
Takziah untuk Shuib dan seluruh keluarganya. Jihad seorang ibu antaranya ialah mengandung sehingga melahirkan sahaja juga telah tuntas. Seorang ibu sentiasa memikirkan tentang anaknya. Tak lekang dari bibir
"Doakan anak saya"
"Tolong selamatkan anak saya"
Dan doa itu melebihi keutaman untuk dirinya diselamatkan. Apabila seorang yang hamil perlu diintubasi, doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan agar paru-paru mempunyai lebih ruang untuk berkembang dan menghasilkan oksigen dalam darah.
Saya sendiri menanti perkembangan dari IG suaminya, Shuib dengan penuh debar. Saya simpan kata-kata cuma yang keluar hanya doa. Namun, pola kemerosotan kesihatannya mirip dengan arwah anak istimewa saya sendiri.
Mula oksigen kurang dari 90, doktor katakan dah rendah boleh merisikokan fungsi otak. Saya katakan dalam diri, it's ok kalau anak ini nanti tidak bijak ataupun kurang akalnya. Asalkan kami dapat peluang menjaganya.
Bila turun bawah 80, doktor cuba lagi dengan pelbagai radas kerana katanya, paras oksigen bawah 80 merisikokan organ. Masa ni kami berkata dalam hati, it's ok kalau kami terpaksa jaga anak ini sepanjang hayatnya bed ridden.
Semuanya hanya DOA DOA DOA.
Ada ketika, paras oksigen jatuh sangat rendah sekitar 60-an. Panic dan merayu doktor lakukan sesuatu sedangkan doktor juga sedang melakukan pelbagai ikhtihar. Kemudian paras oksigen kembali baik. Dah gembira, dan dah kongsikan kegembiraan itu dalam medsos. Ribuan yang mendoakan. Alhamdulillah.
Tak lama, dapat panggilan awal pagi "Encik Saiful, anak Encik keadaanya sangat tak ok, Encik boleh datang sekarang ye". Maknya dari mula anak saya masuk ICU, tak balik-balik dah. Selepas keadaan baik sedikit, baliklah ke rumah sebentar mengurus diri yang dah tak terurus. Masa itu lah, hospital menelefon.
Spo2 drop ke kadar membimbangkan. 40-50-60-40-50 begitu. Buah pinggang mula rosak, air kencing dalam beg perkumuhan tak bertambah, muka dan badan membengkak kerana air yang masuk tak dapat dikumuhkan.
Macam Shuib dan anak-anaknya, kami juga sama melalui detik ini. Kami dah tak mengharapkan SAINS lagi kerana sains telah digunakan semaksimanya, ketika itu kami mengharapkan keajaiban dari Allah.
Balik kepada kenapa saya dan mungkin ramai rakyat Malaysia mengikuti cerita Allayarhamah Siti Sarah, kerana beliau menjadi ikon cerita perngorbanan ibu-ibu yang sebelum ini jarang tular kerana tidak berlaku kepada seorang ikon. Kematian ini ialah satu pendidikan besar kepada seluruh ummat manusia tentang kehebatan seorang yang bernama IBU.
Dah setahun lebih kita disekat dengan pelbagai sekatan untuk kita menjengah ibu dan bapa kita di kampung. Sekiranya mereka masih ada, buatlah video call bertanya khabar mereka. Kita tidak tahu sejauh mana mereka telah berkorban untuk kita. Kita juga tidak tahu, bila kali terakhir kita akan bercakap dengan mereka. Mungkin, panggilan kita selepas dari ini kepada mereka adalah panggilan terakhir.
Kematian Siti Sarah hari ini, ialah Kematian yang Menghidupkan banyak jiwa-jiwa manusia yang sudah mati.
Hargai ibu
Allah tak ciptakan kita manusia sehebat manapun, datang dalam kotak bubble wrap dengan manual pengoperasian. Tapi Allah jadikan kita dari rahim seorang ibu.
SAIFUL NANG
Abah Allahyarham Arman

07/08/2021

OPEN ORDER FOR SELF PICKUP AND DELIVERY ONLY
During this MCO we are operating from home.
Self Pickup (pls cnfm ur order before pickup):
34 Jalan 51A/241, Seksyen 51A, PJ
Delivery charge depends on distance
Place your order by call or whatsapp
Call 011-11320161
Whatsapp wasap.my/+601111320161/orderputupiring

Ada satu cerita.Tentang sorang lelaki yang kaya.Sebelum dia mati, dia pesan kat anak dia "Kalau aku mati, mintak kat ust...
27/11/2020

Ada satu cerita.
Tentang sorang lelaki yang kaya.

Sebelum dia mati, dia pesan kat anak dia "Kalau aku mati, mintak kat ustaz, aku cuma nak dipakaikan stokin aku yang buruk ni saja (selain kain kafan)."

Stokin tu stokin lama masa dia mula-mula berbisnes. Dah buruk.

Masa hari pengebumian, anak ni mintak kat ustaz nak pakaikan stokin tu tapi ustaz tak kasi.

Tapi anak dia berkeras jugak, ini wasiat katanya.
Ustaz tanya ada tak yang hadir di situ lawyer kepada arwah.

Lawyer ke depan, sambil hulurkan surat pada si anak ni tadi.

Anak tu baca surat dari ayah dia, ayah dia tulis "Masa kau baca surat ni mesti kau sedang berkeras nak pakaikan juga stokin ni pada ayah tapi ustaz tak bagi. Tengok lah, masa ayah hidup ayah sangat kaya dan disegani ramai orang. Tapi akhirnya pada hari ini, stokin buruk pun ayah tak dapat bawa ke dalam kubur. Hanya kain kafan saja. Jadi jangan tertipu dengan kekayaan dunia."

Sambung baca..

Bila sebut SUCCESS je, mesti kepala akan imagine - kaya. Ataupun pandai. Anything yang best-best selalunya kita kaitkan dengan success. Kalau tak best, maknanya tak success.

Ada satu cerita.
Tentang sorang lelaki yang kaya.

Sebelum dia mati, dia pesan kat anak dia "Kalau aku mati, mintak kat ustaz, aku cuma nak dipakaikan stokin aku yang buruk ni saja (selain kain kafan)."

Stokin tu stokin lama masa dia mula-mula berbisnes. Dah buruk.

Masa hari pengebumian, anak ni mintak kat ustaz nak pakaikan stokin tu tapi ustaz tak kasi.

Tapi anak dia berkeras jugak, ini wasiat katanya.
Ustaz tanya ada tak yang hadir di situ lawyer kepada arwah.

Lawyer ke depan, sambil hulurkan surat pada si anak ni tadi.

Anak tu baca surat dari ayah dia, ayah dia tulis "Masa kau baca surat ni mesti kau sedang berkeras nak pakaikan juga stokin ni pada ayah tapi ustaz tak bagi. Tengok lah, masa ayah hidup ayah sangat kaya dan disegani ramai orang. Tapi akhirnya pada hari ini, stokin buruk pun ayah tak dapat bawa ke dalam kubur. Hanya kain kafan saja. Jadi jangan tertipu dengan kekayaan dunia."

So maksudnya kat sini success tu bukan kaya. Kita-kita ni je perasan success tu kaya.

Success bukan juga bila ada macam-macam title.
Bukan juga bila pop**ar.

Bukanlah bermaksud kita tak payah kaya pun tak apa.

Maksudnya, jangan sampai kau tertipu bahawa kena jadi kaya baru namanya hidup.

Dalam dunia ni ada orang munafik, alim, baik, jahat, gangster, macam-macam.

Gangster sekalipun tetap dibagi duit berjuta-juta.
Kenapa agaknya?

Sebab Allah tau esok mati semua benda ni tinggal, yang dibawak hanya amal.

Nak bawak amal tak perlu ada duit yang banyak.
Belum tentu lagi kalau ada duit banyak esok kita teringat nak beramal dengan duit tu.

Kadang tu kalau Abang ingat-ingat balik zaman kecik-kecik dulu, kereta family Abang satu je, tu pun Proton Saga. Sampai sekarang masih ada. Elok dan hidup lagi.

Ayah pakai Saga dari Abang Form 1 sampai hari ni masih berkhidmat usung Mak dan Ayah kat kampong.

Saga tu secondhand p**ak tu, bukan baru. Hadiah dari Abang sulong untuk Ayah. Sape ajelah yang masih pakai Saga tahun 1993? Tapi Ayah masih dengan Saga.

Hari ini bila berselisih dengan Saga (yang sangat-sangat rare nak jumpa sekarang), memang teringat balik zaman naik Saga.

Baru Abang sedar banyak untungnya bila ada kereta yang 'murah'.

Yang pertama, susah sikit nak sombong.
Kedua, tak ada siapa yang dengki.

Orang success tu formulanya apa, attitudenya bagaimana?

Formulanya hanya perlu BERHENTI MENCARI PENILAIAN MANUSIA.
Itu saja.

Semakin kita nak dipuji, semakin nak dihargai, semakin nak dihormati, semakin nak dikagumi, semakin nak dibalas budi, semakin nak disayangi, kita akan semakin rasa sakit hati.

Kita akan sentiasa check if post kita berapa banyak orang like, berapa banyak orang komen, berapa banyak orang share.

Kita sentiasa tunggu kalau-kalau ada orang nak puji gambar yang kita up kejap tadi.

Eh penat lah.
Penat satu hal.

Kalau respond yang kita harapkan tak sampai target, mulalah rasa sakit hati bila nampak orang lain lebih dapat attention.

Tak payah.
Kalau kita tunggu orang judge samada kita dah success ke belum, memang sampai ke sudah kau takkan pernah rasa kau dah success.
Buatlah semata-mata kerana Allah.

Orang yang success tu adalah orang yang paling dekat dengan Allah.

Nak success, yang pertama, hati kena ikhlas.

Ikhlas itu adalah اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.

Success takkan ada pada orang yang hidupnya selalu nak harapkan pujian orang.

Orang yang ikhlas hidupnya tenang sebab dia hanya busy nak dinilaikan oleh Allah.

Hidupnya sentiasa bersemangat dan kuat istiqomah.

Yang kedua, jaga ibadah.

Jaga solat.
Sebab benda pertama yang ditanya esok adalah solat.

Orang yang solatnya masih lompong-lompong, walaupun dia banyak sedekah, banyak kali ke umrah, ke haji, semua tu tak ada makna.

Ibadah bukan solat semata-mata.
Kerja pun ibadah, bisnes pun ibadah, uruskan keluarga pun ibadah. Dengan syarat, hati kena ikhlas (balik ke point nombor 1).

Sebab rezeki kita semua Allah dah aturkan. Rezeki dah konfem ada. Yang belum konfem ada adalah amal. Kalau kita jadikan kerja kita ni ibadah, maka jadilah ia amal.

Jangan takut tak ada duit, tapi takutlah kalau tak ada keberkatan dalam duit tu. Sebab kalau niat tak betul, cara tak betul, keberkatan takkan sampai.

Dan jangan jugak takut tak ada duit, tapi takutlah kalau tak ada rasa syukur. Ramai yang semakin banyak duit, semakin menderita hidup sebab rasa syukur tu tak ada.

Jangan takut tak ada duit, tapi takutlah kalau kita hilang sabar bila duit tu ditahan. Sebab rezeki kita ni tak selalunya mengalir.

Ada masanya ditahan, ada masanya dibukak balik, ada masanya dicurahkan sampai tak menang tangan.

Bila kita berada pada waktu-waktu rezeki ditahan ni, cuba tengok balik ibadah kita.

Jangan takut tak ada duit, tapi takutlah kalau tak ada rasa redha.

Yang ketiga, apa Allah s**a, buat. Apa Allah tak s**a tinggalkan.

Yakin bahawa apa yang Allah suruh mesti bagus untuk kita dan apa Allah larang mesti bahaya untuk kita.

Contoh Allah kata "Jangan mendekati zina".
Kenapa tak kata "Jangan melakukan zina?"
Sebab, Allah tau kalau kita dekat je dengan zina, konfem kita akan berzina punya.

Sebab tu DIA tak kasi dekat lansung.
Maksudnya kat sini Allah punya rules semua baik untuk kita.

Keempat, usaha kena sungguh-sungguh.
Orang yang niatnya kerana Allah takkan buat kerja sambil lewa.

Pertolongan Allah itu sejajar dengan level usaha kita.

Makin kita all out (kholas - ikhlas - berhabis), makin Allah tunjukkan jalannya.

Kalau makin malas, makin malap la jalannya.

Jadi, kalau nak Allah tolong, usaha kena maksimum.
Nak dapat the best dari Allah, kita kena give the best to Him. Ibadah the best, usaha the best, sedekah the best.

Sedekah kena pakai target, bukan pakai sisa balance-balance.

Buat target setiap bulan nak sedekah berapa. Balance tu baru buat beli baju.

Yang last sekali, taubat kena buatlah setiap hari. Bukan bila buat dosa saja.

Setiap kebaikan yang kita buat, akan patah balik kat kita.

Setiap keburukan yang kita buat pun, akan patah balik kat kita.

Jadi kena buat taubat hari-hari. Dengan taubat, Allah akan permudahkan urusan.

Kalau rasa usaha dah buat maksimum tapi masih lagi terasa rezeki tu tersekat-sekat, kadang apa yang Allah nak kita buat cuma sujud dan taubat. Itu je.

In sha Allah, Dia akan buka jalan.

Apa yang Abang kongsikan ni Abang masih belajar dan masih bertatih-tatih buat.

Jadi kita buat sama-sama.
Semoga Allah jaga hati kita dan tak cabut nikmat iman ni.

Selamat malam Jumaat,

Shauqi Hasan
Terima kasih kerana share. Malam Jumaat ni biasa ramai tidur awal.

Rasulullah saw dalam salah satu hadisnya menerangkan bahawa tak setiap orang berhijrah itu dengan niat lillaahi taala, a...
09/11/2020

Rasulullah saw dalam salah satu hadisnya menerangkan bahawa tak setiap orang berhijrah itu dengan niat lillaahi taala, ada yang berhijrah dengan niat mengharapkan sesuatu selain Allah.

Ada yang ingin mendapat penilaian dan kekaguman makhluk, ada yang ingin mendapat rezeki, ada yang kerana wanita, dan macam-macam.

Sedangkan apa yang diniatkan, sebatas itu sajalah yang kita akan dapat.

Macam tu lah juga halnya dengan rezeki.

SOLAT DHUHA TAMBAH REZEKI?
BACA SURAH WAQIAH JADI KAYA?
DAH BUAT SEMUA KENAPA TAK KAYA RAYA LAGI?

Kalau dengan hanya baca surah tertentu boleh buatkan seseorang tu kaya, maka tak mustahil akan ada yang hanya amalkan baca surah yang sama berkali-kali.

Dah tak ada minat nak baca Quran.
Dah takde minat nak solat.

Sebab manusia ni kecenderungannya memang mengejar dunia. Habis tu kalau dengan baca satu surah je dah boleh bagi rezeki melimpah-ruah, tak mustahil akan hilang kecenderungan untuk buat amalan-amalan lain.

Nabi Muhammad saw sendiri tak kaya.
Tak cukup ke amalan Baginda sampaikan dia tak layak menjadi kaya?

Sedangkan Baginda solat malam sampai bengkak-bengkak kaki punyalah terlalu lama berdiri sebab solat.

Dan kita cuma berharap dengan buat Dhuha everyday plus baca surah-surah tertentu dah boleh jadi kaya?

Kesiannya kita ada anggapan macam tu.

Boleh p**a nak pilih-pilih amalan tapi dalam masa yang sama mengharapkan kurniaan besar dari Allah.

Amalan kat Allah pun berkira-kira nak buat yang mana yang mendatangkan keuntungan kat diri sendiri saja.

Pilih yang boleh jadikan kita kaya je.
Amalan yang takde sangkut-paut dengan murah rezeki taknak buat.

Kat sini sekali lagi Allah menguji kita.
Samada kita buat sesuatu tu atas niat yang macamana.

Allah ni menilai manusia tak sama macam cara cikgu bagi markah exam.
Jawab semua soalan bagus baru boleh dapat A.

Allah ni caraNya lain.
Dia ada penilaianNya yang tersendiri.
Orang yang Dhuha 2 rakaat rezekinya 10.
Kalau Dhuha 12 rakaat rezekinya 100.
Bukan macam tu.

Ada orang buat Dhuha sebab nak rezeki melimpah ruah.
Padahal bukan itu tujuan kita Dhuha.

Berapa ramai yang jangankan kata Dhuha, solat fardu pun tak buat, siap boleh togok air setan lagi tapi jauh lebih kaya hidupnya. Jauh lebih melimpah rezekinya.

Kita buat Dhuha untuk dapat rezeki yang barokah. Bukan rezeki banyak.
Rezeki banyak kalau tak barokah pun akan sentiasa mengalir. Tau-tau je abis tak tau pi mana.

Dalam doa Dhuha tu sendiri tertulis "...kurniakan aku rezeki sepertimana Kau kurniakan kepada orang-orang yang soleh".

Orang soleh dah tentu dapat rezeki yang barokah.
Belum tentu melimpah-ruah, tapi PASTI barokah.

Tapi ramai yang salah faham.
Nak buat Dhuha sebab nak kaya.
Sedangkan tak solat pun kalau Allah nak bagi kaya pun Dia boleh bagi.
Tapi kaya yang bagaimana?
Yang barokah atau yang istidraj.

"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
(Adz-Dzariyaat 51: 56)

Dah jelas dah kat situ Allah ciptakan kita bukan untuk tengok kita bermati-matian cari rezeki kat dunia ni.

Dia suruh kita beribadat, rezeki tu nanti Dia uruskan.
Yang penting kita buat dulu apa yang wajib buat.

Amalan yang bawak rezeki bukan setakat Dhuha saja.
Pun bukan setakat Waqiah saja.

Kebanyakkan kita jarang mintak supaya diberikan kesihatan beria-ia macam kita mintak nak jadi kaya, kan?

Dan mungkin juga tak ramai bersungguh-sungguh mintak supaya diberikan kekuatan untuk bersolat di awal waktu sebagaimana bersungguhnya kita mintak dilimpahi rezeki (wang).

Sedangkan solat di awal waktu juga adalah pembawa rezeki.
Sebab secara lojiknya kalau solat yang fardhu pun kita lengahkan, maka apa istimewanya Dhuha kita pada pandangan Allah?

Pesan Abang, nak amalkan bagus.
Tapi jangan salah faham apatah lagi salah niat.

Rasulullah saw dalam salah satu hadisnya menerangkan bahawa tak setiap orang berhijrah itu dengan niat lillaahi taala, ada yang berhijrah dengan niat mengharapkan sesuatu selain Allah.

Ada yang ingin mendapat penilaian dan kekaguman makhluk, ada yang ingin mendapat rezeki, ada yang kerana wanita, dan macam-macam.

Sedangkan apa yang diniatkan, sebatas itu sajalah yang kita akan dapat.

Macam tu lah jugak halnya dengan rezeki.

Sometimes, bila kita mengharapkan rezeki, selalunya kita membayangkan yang rezeki tu datang dalam bentuk duit yang boleh nampak.

Kita boleh nampak kat besarnya rumah.
Kita boleh nampak kat banyaknya kereta bersusun depan porch.
Kita boleh nampak kat setahun berapa kali pi overseas.
Kita boleh nampak kat berapa banyak branded items kita bertingkek-tingkek dalam lemari.

Maka atas sebab itu kita mula berkira-kira dengan amalan kita.
Kita ghairah nak buat amalan yang kita rasa mampu bagi kita rezeki yang banyak.

Dan kita mula lupa pada amalan lain.

Buat sajalah semua.
Jangan pilih-pilih.
Kerana penilaian Allah tak sama macam cara manusia menilai.

Kau buat ni kau dapat ni, kalau kau buat tu kau dapat tu.

Tak.
Penilaian Allah sangat bijaksana tak terjangkau dek akal kita.

Buat sajalah semua dengan niat mencari keredhaanNya.

Kerana redha Dia yang penting.
Bila Dia redha, pasti rezeki yang turun adalah barokah.
Bila rezeki itu barokah, dah tentu kita jadi orang yang paling 'kaya'.

Semoga kita semua selalu periksa hati dan luruskan niat supaya setiap ikhtiar kita adalah benar-benar kerana Allah.

Salam Subuh,

Shauqi Hasan
Tolong doakan Abang juga ya.

Motivasi untuk semua usahawan.
27/08/2020

Motivasi untuk semua usahawan.

DAH BANYAK BUAT BISNES TAPI TAK BERJAYA BUKAN TANDA KITA GAGAL. MOTIVASI UNTUK ANAK MUDA BERJIWA BANGSA NIAGA.

Kegagalan dan kejayaan seseorang dah diatur oleh Allah. Yang boleh diatur oleh kita cumalah usaha. Kalau kita tak pernah gagal maka kita takkan pernah berjaya. Bukan maksudnya nak menang mesti kena kalah dulu.

Ada je orang yang first time buat sesuatu benda baru, terus berjaya. Itu rezeki dia menang awal.

Tapi akan sampai satu tahap, dia akan berdepan dengan kekalahan juga.

Tak best kalau tak rasa kalah sekali-kala. Nanti kita tak tau mana kelemahan yang perlu kita improve.

Selalunya, orang yang always menang dan berjaya dalam apa yang dia buat, mental dan emosinya lebih fragile. Dan dia akan berdepan dengan tekanan yang hebat untuk mengekalkan momentum kejayaan tu. Dia tak ada pengalaman merasa jatuh dan kalah, jadi dia have no idea nak persiapkan diri untuk menerima kekalahan buat kali pertama.

Kejatuhan pertama kali selalunya sangat perit kalau dah biasa berjaya dan menang dalam segala hal. Kat sinilah nanti kekuatan sebenar akan diukur, samada kita benar-benar berjaya atau tak.

Menghadapi menang sangat mudah. Tapi menghadapi kekalahan sangat susah. Dan kalau kita boleh lalui kekalahan tu dengan tabah, sebenarnya di situlah kemenangannya.

Segala hal diukur dari effort.

Kita kena percaya yang kita dah diberikan kekuatan dan mental yang cukup untuk bertahan dalam situasi yang susah.

Manusia takkan mungkin lalui situasi yang senang dan menang all the time. Akan ada ketikanya, berdepan dengan kepayahan dan kegagalan yang sangat teruk.

Pada ketika tu lah, manusia start aktifkan potensi diri dan kekuatan mental. Failure, kalau disingkap dengan hikmah, akan jadi kekuatan untuk kita bangkit.

Nak bangkit dari kegagalan pun bukan hal yang mudah, tapi bukan juga perkara yang mustahil.

Kegagalan adalah game yang kita kena main, kena lalui dan kena habiskan.

Bila gagal, masuklah dalam proses kegagalan tu.

Periksa mana silapnya dan perbaiki.

Barulah ada kemajuan. Mana ada hidup yang menang sentiasa. Betul tak?

Yang penting bukan always menang, tapi always ada usaha untuk menang.

Siapa yang tak nak jadi senang? Itulah impian setiap orang. Bersusah payah bekerja dan korbankan jiwa, harta dan segalanya demi nak capai satu nikmat bernama kesenangan.

Tapi tidak semua yang senang dan menang itu akan menikmati tenang.

Ada yang capai kemenangan tapi jiwanya tidak tenang kerana ada perasaan hasad dan dengki yang masih menguasai dari. S**a melihat lawannya terseksa dan tewas dalam hina.

Ada yang kalah, tapi hatinya bahagia. Sebab percaya dia sudah berusaha. Rezeki bukan semestinya soal duit dan harta. Pengalaman melalui siri jatuh dan bangun itu juga sebahagian dari rezeki.

Dari perjalanan mencari kejayaan itu kita dapat berkenalan dengan ramai manusia, ada jiwa yang besar ada yang kecil. Yang cuba jadi kawan tak kurang berpura-pura jadi teman. Tau-tau saja dah kena tikam belakang. Sebab terlalu percayakan kawan.

Semua itu adalah rezeki yang menjadikan kita bijak, pandai dan semakin fasih dalam dunia usahawan. Mengajar kita bangkit dari kegagalan untuk terus mengejar impian.

Hujungnya nanti kita dapat memberi nasihat dan pengalaman setelah banyak ranjau dan duri sketsa hidup kita dah berjaya lalui. Untung-untung boleh jadi sifu dan mentor dalam bidang yang diceburi.

Itu pun rezeki!

Saya sekarang di premis perniagaan RPWP ke-14 dari 15 syarikat yang kami miliki. Anak syarikat yang diwakaf 100% keuntungannya untuk mendanai kebajikan seluruh Warga Prihatin dari kalangan anak yatim piatu, asnaf, OKU, ibu tunggal dan mereka yang tidak bernasib baik.

Kami usahakan sedikit demi sedikit. Jatuh bangun jangan cakaplah. Terlalu banyak untuk dikongsikan pada yang mahu. Bila buat dengan BasmAllah, dengan izinNya pasti akan dipermudahkan kerana dunia hanyalah jambatan untuk mencapai tujuan di akhirat.

Bagi yang sentiasa menyokong kami di RPWP, anda juga adalah sebahagian dari kami sehingga lahirnya entiti syarikat yang berdaya saing untuk menjadi sebahagian dari penyumbang kepada pembangunan agama, modal insan dan jati diri anak bangsa.

Dari travel, umrah dan haji sekarang dah masuk ke produk kesihatan. Harapan kami ia dapat menjadi satu lagi inovasi dan mampu berkembang dengan mandiri.

Terima kasih kerana share dan berkongsi inspirasi kepada yang lain.

Yang mana tengah down tu, cepat-cepatlah bangkit. Jangan lama sangat kat bawah tu, mana tau rezeki tengah tunggu once kita bangkit.

Jom!

Shauqi Hasan
Mutawif Rare dah masuk bidang Healthcare. Follow http://bit.ly/RPWPHealthcare

04/05/2020

Dear Values Customers & Friends
We are closed along MCO. Sorry for the inconveniences caused.
Salam Ramadhan!

20/11/2019

Kami CUTI SEMINGGU..

Maaf Ye..

Address

1 Jalan USJ 2/2d, Usj 2, Subang Jaya
Petaling Jaya
47600

Opening Hours

Monday 15:00 - 19:00
Tuesday 15:00 - 19:00
Wednesday 15:00 - 19:00
Thursday 15:00 - 19:00
Friday 15:00 - 19:00

Telephone

+601111320161

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Putu Piring Rohana USJ 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category