23/04/2022
Bismillahirohmanirrohim…
Terlebih dahulu, saya mohon beribu ampun kerana lama mendiamkan diri dari laman Instagram dan tidak membalas mesej mesej anda.
Sebetulnya, pembantu saya pulang ke Kampung halamannya November lepas. Dan sejak dia pulang, saya tidak mempunya pembantu lagi. Saya cuba menyesuaikan diri dengan tugasan rumah dan menguruskan empat anak saya. Saya tidak berani utk promosi Dendeng kerana saya takut saya tak boleh handle. I had a lot on my plate…
But Allah itu lebih mengetahui. Walaupon saya tidak advertise, regular customer tetap mencari saya dan whatsapp saya utk order. Diam tak diam, Tempahan Dendeng mencecah 60 kg utk Aidilfitri tahun ini. Alhamdulillah.. kalau dulu, semasa ada pembantu, kami akan buat tempahan 80kg sekali.. tapi sekarang, memandangkan saya mengelolanya sendiri, saya terpaksa masak Dendeng ini mengikut peringkat…
Alhamdulillah Allah masih memberi saya semangat, kederat dan kekuatan. Bila Dia yang letak kita dalam sesuatu situasi, Dia juga yang beri kita jalan keluar. Insya Allah.