ANDAK Produk Muslim. Menjual produk-produk traditional seperti Botok-Botok, Acar Buah, dan lain-lain. Air tangan beliau digemari anak-anak buah dan cucu cicitnya.

ANDAK ~ logo dan jenamanya diambil sempena nama pengasas, Andak Jemah atau Rajmah. Anak kelahiran Endau, Johor yang kini berusia 80 tahun berkemahiran memasak hidangan tradisional Johor. Semasa muda, Andak Jemah menjual nasi lemak, tembosa, air batu Malaysia dan lain-lain lagi untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Masakan beliau sering dihidangkan di meja-meja kenamaan anjuran Pertubuhan Wa

nita atau WI daerah Mersing suatu ketika dahulu. Kini, kemahiran memasak telah diperturunkan kepada anak-anak perempuan beliau. Penggemar makanan rasa tradisional kini boleh menikmati makananan tersebut melalui ANDAK yang diterajui oleh waris beliau. BOTOK2 adalah keluaran pertama dan signature dish ANDAK. Ia adalah makanan tradisional yang mengandungi pelbagai daun ulam-ulaman dan rempah ratus yang membungkus ikan untuk membuka selera. Ia adalah hidangan kesihatan yang sukar diperolehi kerana cerewet disediakan. BOTOK2 ANDAK kami bawakan dalam bentuk sejuk-beku untuk dikongsi dengan pengemar-pengemar makanan tradisional dan kesihatan. Cubalah dan nikmati nostalgia rasa BOTOK2 ANDAK.

Address

Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANDAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ANDAK:

Share