Masak2 Che Long

Masak2 Che Long Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masak2 Che Long, Restaurant, Lembah Subang 1 Taman Putra Damai Jalan PJU 1A/42 47301 Petaling Jaya, Petaling Jaya.

RESEPI KUIH GETASBahan22 cawan tepung pulut1/2 cawan tepung ubi (saya gemar guna tepung ubi)2 cawan kelapa parut (terp**...
02/04/2022

RESEPI KUIH GETAS

Bahan2

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung ubi (saya gemar guna tepung ubi)
2 cawan kelapa parut (terp**ang..tiada s**atan wajib utk bahan tambahan ini)
1 sudu teh garam
santan SUAM secukupnya
minyak utk menggoreng

bahan sira

1 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas

cara penyediaan

campurkan tepung pulut, tepung ubi, garam, kelapa parut dan gaul hingga sebati. kemudian masukkan santan suam sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Bentukkan doh bulat lonjong dan leperkan sedikit.

panaskan minyak dalam kuali dgn api kecil shj ya... goreng kuih getas dgn jumlah minyak diatas paras kuih..biar kuih tenggelam dlm minyak..biar dulu kuih tu sdkt perang baru terbalikkan.. tunggu sehingga kuih getas timbul dipernukaan minyak baru angkat..itu tandanya dah masak...angkat dan toskan.... jgn risau adunan ini tidak akan meletup mcm bom😊.

seterusnya kita terus buatkan siranya p**a... gaul air panas dn gula didalam kuali dgn api kecil..jgn kuatkan api nnti gula tk cantik..akan jadi keperangan tk putih bening.. masak gula hingga berbuih2..mak saya cakap masak gula tu hingga tua..matikan api...tuang kuih getas tadi kedlm kuali air gula tadi...gaul hingga rata dan gula bertukar jadi kering mcm kristal...angkat dan hidangkan..siap😊

selamat ptg

kredit: ain mardiah

Alhamdulillah nak masuk Bulan Posa kjatt nak share resepi tok tok Kita Nasi Ulam...Siapa s**a Nasi Ulam Kita Geng 😎😎😍Res...
01/04/2022

Alhamdulillah nak masuk Bulan Posa kjatt nak share resepi tok tok Kita


Nasi Ulam...
Siapa s**a Nasi Ulam Kita Geng 😎😎😍
Resepi Turun temurun dari Arwah ibu saya...
Hjh Rahmah Bt Puteh ( Mak Mah )

Bahan-bahan:
Nasi putih
Ikan talang masin
Kerisik ( Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus)
Bunga kantan ( hiris halus )
Ikan kembung ( bakar di ambil isinya )
Lada hitam
Bawang merah kecik ( hiris halus )
Serai ( hiris halus )
Lengkuas ( racik halus )
Halia ( racik halus )
Ulam-ulaman (daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)

Cara penyediaan:
1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar ( ambil isinya)
5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap.
Selamat mencuba...Saya halal kan resepi yg diajar dari arwah ibu saya ..ilmu yg manfaat utk dipanjang2kan dibulan keberkatan ini semoga sama2 kita semua dapat merasa.... 😍

Kredit Resepi : eyta omar

Serunding kelapa utk nasi ambeng... Sy suke letak jintan manis & udang kering byk2.. 😁 serunding kelapa ni bole buat pul...
01/04/2022

Serunding kelapa utk nasi ambeng... Sy suke letak jintan manis & udang kering byk2.. 😁 serunding kelapa ni bole buat pulut panggang, kuih cucuk badak, pulut inti dan mcm2 jenis kuih...😁 Mkn dengan lontong pun sedapppp. 😋

Resepi sy belajar dari arwah ayah sy. Doakan utk arwah ayah sy ye.. Aminn

Resepi nya :
Serunding kelapa

Kelapa parut
Udang kering / ikan bilis (tumbuk kasar)

Bahan kisar (agak2 kuantiti)
Cili kering
Halia
Bwg merah
Bwg putih
Serai
Jintan manis
Jintan putih
Kunyit hidup

Perasakan dgn garam, gula & aji

Cara2 : masukkan bahan kisar & udang kering dlm kelapa parut, sangai sehingga ringan (kering) ikut s**a nk kering mcm mane, sy s**a basah2 sikit. Masukkan garam, gula & aji.

Selamat mencuba!

credit : Sina Said‎

ZALFA RESOURCES zalfa.mel

01/04/2022
sambal bilis
01/04/2022

sambal bilis

01/04/2022

RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:

1 kg daging | hiris
500ml santan pekat
4 sudu makan kerisik
3-4 sudu makan gula kabung/Melaka
Sedikit hirisan kelapa
1 helai daun kunyit | mayang halus
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:

2 sudu makan ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
3 biji buah keras
3 kuntum bunga lawang
15 biji cili kering
5 batang serai
3cm halia
3cm lengkuas
20 biji bawang merah
CARA MEMASAK:

Gaulkan daging yang telah dibersihkan dan tos tadi dengan bahan kisar dalam kuali.
Tuangkan santan dan masak atas api sederhana.
Setelah mereneh tambahkana kulit kayu manis dan kepingan kelapa.
Biarkan mereneh hingga kuah pekat.’
Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
Tutup api jika tidak mahu garing.
Taburkan daun kunyit dan rendang sedia dihidangkan.

🧁VIENNA BROWNIES********************120 gm butter240 gm dark chocolate270 gm gula halus8 biji telur gred A1 sudu besar n...
09/02/2022

🧁VIENNA BROWNIES
********************
120 gm butter
240 gm dark chocolate
270 gm gula halus
8 biji telur gred A
1 sudu besar nescafe larutkan dgn 1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanilla
*220 gm tepung gandum
*60 gm serbuk koko
*1 sudu teh soda bikarbonat
80 ml fresh milk
Chocolate chips utk tabur diatas

Ayak bahan bertanda *

Bahan cream cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
60 gm tepung gandum
2 biji telur
80 ml air

1)Cairkan dark chocolate + butter.
2)Masukkan nescafe + susu + esen vanilla ke dlm adunan chocolate, kacau rata. Ketepikan.
3)Dalam bekas lain whisk gula + telur hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan.
4)Satukan adunan tepung dgn adunan chocolate dan gaul rata. Ketepikan.
5)Utk cheese p**ak, guna mixer pukul cream cheese + gula hingga berkrim. Kemudian Masukkan tepung + telur + air dan pukul sekejap lagi hingga semua sebati. Jgn over beat ya!
6)Masukkan separuh adunan chocolate dlm tray 10'' x 10''. Kemudian tuang adunan cheese perlahan-lahan. Finally Masukkan baki adunan chocolate tadi. Lorekkan ikut kreativiti dan tabur chocolate chips. Bakar 1 jam suhu 170 atau ikut kesesuaian oven.

kredit: dapur ciknad

kopi jugak lazat09022022
09/02/2022

kopi jugak lazat
09022022

MOIST BUTTER CAKE OLD SCHOOL1 buku butter1 1/2 cawan gula5 biji telur B2 1/2 cawan tepung naik sendiri1/2 cawan fresh mi...
09/02/2022

MOIST BUTTER CAKE OLD SCHOOL

1 buku butter
1 1/2 cawan gula
5 biji telur B
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan fresh milk
1 sudu (k) vanilla essen

Cara2
Panaskan oven selama10 minit dengan suhu 170c.
Pukul mentega dan gula sampai putih dan fluffy. Masukkan telor satu persatu. Pukul hingga sebati kemudian masukkan esen. Masukkan tepung selang seli dgn susu
Kaup balik guna spatula.
Jangan kacau lama takut overmix, nnti kek tak menjadi moist malahan keras.
Kemudian masukkan dalam loyang bersaiz 8 inci yg telah dialas dengan baking paper.
Bakar suhu 170 selama 45 minit atau ikut kesesuaian oven masing2 dengan menggunakan api atas bawah.
Terbalikkan kek atas redai kek dan biarkan sekejap kemudian terbalikkan semula kepada kedudukan asal.

kredit : rozmaliza

Rahsia Cendawan Goreng Tepung Sedap, Elok Kejadiaanya, Tak Berminyak dan Ranggup..Bahan:▪️Cendawan▪️1 cawan tepung ubi▪️...
27/01/2022

Rahsia Cendawan Goreng Tepung Sedap, Elok Kejadiaanya, Tak Berminyak dan Ranggup..

Bahan:
▪️Cendawan
▪️1 cawan tepung ubi
▪️1 cawan tepung jagung
▪️4 sudu tepung bestari
▪️sedikit garam
▪️sedikit serbuk lada hitam
▪️1 biji telur

Cara:
1. Cuci cendawan dan keringkan guna tisu dapur.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk.
3. Sediakan bekas yang ada penutup, campur kesemua tepung tadi, garam dan serbuk lada hitam. Goncangkan.
4. Panaskan minyak, minyak letak banyak sikit. Api jangan kuat sangat.
5. Gaulkan cendawan dalam telur angkat dan golek-golek/goncangkan dalam tepung dan goreng.

kredit: norzaliza ej

Address

Lembah Subang 1 Taman Putra Damai Jalan PJU 1A/42 47301 Petaling Jaya
Petaling Jaya
47810

Telephone

+60196781411

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masak2 Che Long posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category