17/09/2026
Sebagai sebahagian daripada program Sehati Bersama, QSR Brands telah mengadakan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama SK Padang Besar Selatan di Kuala Perlis. Menerusi nyanyian lagu patriotik, aktiviti kebudayaan, persembahan dan pertandingan, lebih 380 murid telah menyertai program ini serta mempamerkan keyakinan dan kreativiti mereka. Dengan mengenakan pakaian bertemakan patriotik dan busana tradisional Malaysia, mereka telah menghidupkan warna-warni serta kepelbagaian budaya Malaysia yang kaya.
SK Padang Besar Selatan merupakan salah satu sekolah Sehati, dan aktiviti kolaboratif yang penuh bermakna ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pendidikan dan penglibatan komuniti, di samping membentuk generasi yang meraikan identiti bersama, menghargai kepelbagaian dan meneruskan semangat Malaysia.
Selamat Hari Malaysia!
---
As a part of our Sehati Bersama programme, QSR Brands held a Merdeka and Hari Malaysia celebration with SK Padang Besar Selatan in Kuala Perlis. Through patriotic songs, cultural activities, performances and competitions, over 380 students participated in the programme where they showcased their confidence and creativity. Dress in patriotic and traditional Malaysian attire, they brought Malaysia’s vibrant colours and rich cultural diversity to life.
SK Padang Besar is one of our Sehati schools, and this meaningful collaborative activity reflects our ongoing commitment to give back to the community through education and community engagement with a generation that celebrates our shared identity, embraces our diversity, and carries the spirit of Malaysia forward.
Selamat Hari Malaysia!