30/04/2025
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1212730/harga-santan-naik-peniaga-dan-pengguna-tertekan
HARGA SANTAN NAIK , kami ni kedai jual nasi lemak. Ini luahan jujur dari peniaga nasi lemak.
Kedai jual nasi lemak, tapi terpaksa cipta menu lain semata-mata untuk survive.
Nasi lemak bahan² dia mahal. Santan, ayam ketul, ikan bilis, kacang, timun, telur separuh, sambal. Ini semua mahal.
❌️Nak jual rm10 pun orang akan cakap mahal.
Ayam penyet/gepuk nasi biasa tak pakai santan. Sambal, tempe, kubis, sup kosong. Simple,murah kosnya.
✅️Jual rm10 orang tak bising pun.
Tapi, nasi lemak ni makanan tradisonal, makanan warisan negara.
Makanan warisan negara tak boleh jual mahal walaupun kos dia tinggi.
Makanan yang bukan asal dari negara kita, elok je jual mahal walaupun kos dia lebih rendah dari kos nasi lemak.
Sedih kan? Itulah realiti peniaga nasi lemak.
Kami punya nasi lemak, pakai santan perah tau. Bukan santan kotak.
Menu nasi minyak 1kg ayam sekor masak merah ni lah yang menyelamatkan kami, dapat lah membayar gaji staf dan lain² overhead selepas berlaku musibah di Putra Height, dan kenaikan harga santan sejak sebelum bulan puasa lagi.
Bagi kami masa untuk muhasabah diri, dan fikirkan semula strategi lain untuk mengekalkan penjualan NASI LEMAK KLASIK yang guna santan perah bukan santan kotak.
Stress? Ya. Tapi kena move on.
Petaling Jaya: Kenaikan harga santan sejak awal tahun ini memberi tekanan kepada peniaga dan pengguna, khususnya mereka yang bergantung kepada bahan itu untuk perniagaan harian.