16/08/2026
MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA AHLI JAWATANKUASA WAT-WAT NEGERI PERLIS π
Pada 15 Ogos 2026, telah diadakan satu Majlis Perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Wat-Wat di Negeri Perlis bertempat di Wat Macchimaprasit, Jejawi, Perlis.
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa, khususnya untuk tujuan penambahbaikan, tatakelola serta pentadbiran Wat supaya lebih teratur dan selaras dengan keperluan undang-undang.
Antara yang turut hadir ialah Tuan Bun Liang dari Bun Liang & Associates, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Ir. Lim Tai Eng dari Meditation Center Utan Aji serta SUPT. (B) Tuan Tawon, Pengerusi Wat Jitraram, Jitra, Kedah.
Turut bersama ialah Pengerusi dan Setiausaha Wat Kubang Tiga, Wat Guar Musang, Wat Tungtong dan Wat Guar Nangka serta wakil-wakil berkaitan.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir, berkongsi pengalaman, pandangan dan buah fikiran demi memperkukuhkan pengurusan Wat.
Semoga usaha dan kerjasama seperti ini dapat membawa kemajuan, kesepakatan dan manfaat kepada Wat-Wat serta masyarakat Siam di Negeri Perlis. ππ²πΎπΉπ