25/03/2021
APA YANGMENARIK TENTANG SERUNDING ππ
Mesti ramai tidak tahu tentang serunding yang merupakan warisan turun-temurun kita. Serunding mempunyai rasa yang sangat sedap malah boleh dijadikan pelbagai hidangan yang sangat sedap.
Ok.. hari ni kita cerita sedikit pasal serunding dan popia simpoi yang menggunakan serunding πππ
π JANGKA HAYAT YANG TINGGI WALAUPUN PADA SUHU BILIK
Serunding merupakan masakan tradisi nusantara yang sangat diminati terutamanya ketika musim perayaan. Serunding secara umumnya, adalah sejenis masakan yg dihasilkan dengan rempah dan melalui suatu proses memasak yang lama sehingga betul2 kering supaya tahan lama. Antara serunding yang biasa terdapat di Malaysia adalah Serunding ayam, daging, ikan, udang dan ikan bilis.
Terdapat berbagai versi dan pendapat mengenai asal-usul serunding. Ada yang kata ianya berasal dari pantai timur malaysia, dari sumatera, jawa dan lain2. Namun, yang pasti serunding adalah satu local genius penduduk di nusantara.
Pada masa dahulu, tiada peti sejuk untuk menyimpan makanan basah seperti daging, ayam, dan ikan. Maka, masyarakat Melayu telah menginovasikan berbagai teknik penyediaan makanan seperti salai, penggaraman/awet, jeruk dan pekasam. Serunding pun adalah satu teknik utk menjadikan makanan tahan lama kerana ketika musim raya haji, banyak terdapat daging lembu dan banyaklah serunding daging dihasilkan. Dari situ, serunding2 lain mula dihasilkan seperti Serunding ayam dan ikan.
πSESUAI DIJADIKAN INTI YANG SEDAP
Bagi masyarakat Jawa p**a, terutamanya di belah pantai barat semenanjung malaysia, mereka menghasilkan serunding ikan bilis yang dipanggil Sambal Jambi oleh masyarakat tempatan. Sambal jambi digunakan untuk dijadikan inti pulut bakar atau dicicah bersama ubi rebus.
Selepas beberapa ketika, serunding ikan bilis digunakan dengan meluas dalam pelbagai jenis masakan. Antara yang terkenal adalah karipap mini, popia mini, popia simpul, dan pau.
Dalam penyediaan makanan juga, serunding boleh dimakan dengan pelbagai sajian seperti nasi, bihun goreng, roti canai, piza, roti, telur dadar dan sebagainya.
Ok dah habis baca jom like FB page kami Sya Kitchen atau boleh whatsapp/ call kami di 0199400045 untuk dapatkan POPIA SIMPOI IKAN dan produk-produk lain seperti Biskut Tart Nenas Dimusim perayaan ini ππ