Man Satay

Man Satay Inflated Pool Desaru

“Kalau tak ada pool, anak boring – bila ada, rumah jadi taman tema”

Book Now:

011-56770148 (MAN)
018-7671614 (EMA) No.

Pendaftaran ( RA0081095-W )

25/05/2024

Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya).
(HR Tirmizi No: 2318)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

2. Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral.

3. Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika membawa kepada dosa dan maksiat. Ia merupakan pertanda kelemahan iman.

4. Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di kedai kopi, s**a mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau s**a menjaga tepi kain orang kemudian memberi komen yang negatif.

5. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

6. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

PREACH(PRefChem Amal Charity)

13/05/2024

Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal antaranya:

a. Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk sama ada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk si mati.

b. Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3. Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

01/02/2024

Terlindung dari Fitnah Dajjal

Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

“Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.”

Riwayat Muslim (809)

KERJA KOSONG !!PENCUCUK SATAY !!!AREA TAMAN UNIVERSITISATAY AKAN DIHANTAR DAN DI AMBILKEUTAMAAN IBU TUNGGAL DAN SURI RUM...
18/07/2022

KERJA KOSONG !!

PENCUCUK SATAY !!!

AREA TAMAN UNIVERSITI

SATAY AKAN DIHANTAR DAN DI AMBIL

KEUTAMAAN IBU TUNGGAL DAN SURI RUMAH DAN SEANGKATAN DENGANNYA

GAJI AKAN DIBAYAR SEMINGGU SEKALI.

REZEKI SAMA SAMA KONGSI

BOLE WS KALAU BERMINAT dan pertanyaan www.wasap.my/601156770148

24/06/2022

Jawatan kosong !!!!

Bakar satay part time jee

Waktu kerja 5 ptg - 10 mlm

Taman universiti

Gaji memuaskan

Berminat ?
Whatsapp kami

Address

Johor Bahru

Telephone

+60195296747

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Man Satay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Man Satay:

Share