MUDIM Malaysia

MUDIM Malaysia MUDIM ZAKARIA FOOD INDUSTRIES SDN.BHD.(1318561-V)
Tarikh Pendaftaran Syarikat
8 NOVEMBER 1987
SSM 201901009233 (1318561-V)
(225)

Perniagaan Mudim Zakaria (MUDIM) telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Arshad yang juga dikenali sebagai Mudim Zakaria. Bermula dengan perniagaan ubat-ubatan tradisional secara kecil–kecilan di kampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya. Kemudiannya pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar kicap dan sos. Perke

mbangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau iaitu Hj Shaarani Bin Hj Zakaria yang kini telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pengurusan syarikat. Walaupun ketika itu perniagaan keluarga yang diusahakan hanya secara kecil–kecilan, beliau tetap berusaha bersungguh–sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya, bapanya memberi galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. Bagi memantapkan diri beliau dalam dunia perniagaan, beliau begitu komitmen menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA, FAMA dan SIRIM. Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, Hj Shaarani telah menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produk MUDIM bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Beliau juga berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ sebaris dengan pesaing yang lain di pasaran. Walaupun begitu beliau masih tekun berusaha memajukan perniagaannya dan berazam untuk menjadi pengeluar kicap dan sos terunggul di Malaysia.

Min saja cuba "Skip Countdown" kelmarin kot-kot boleh ada masa lagi. Rupa-rupanya.. Nooohhh..Tinggal 1 HARI ja lagi hari...
11/08/2026

Min saja cuba "Skip Countdown" kelmarin kot-kot boleh ada masa lagi. Rupa-rupanya.. Nooohhh..
Tinggal 1 HARI ja lagi hari ni..!
ESOK NAK MULA DAH..!
Hangpa pakat mai tau.. mai awai tak kalut.

KEDAH SHOWCASE 2026
MEDAN MARA | MARA HQ
KUALA LUMPUR.

12 - 16 OGOS 2026
BERMULA JAM 9 PAGI

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kedah
Fantastic Food Fest by Kak Nab


Tak banyak hari dah wehh..Kita jumpa dekat sana naa!MAJLIS AMANAH RAKYATMARA Negeri KedahFantastic Food Fest by Kak Nab ...
09/08/2026

Tak banyak hari dah wehh..
Kita jumpa dekat sana naa!

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kedah
Fantastic Food Fest by Kak Nab


Peminat-peminat tegar jenama MUDIM di Lembah Klang, ayuh jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri anda ke KEDAH SHOWC...
08/08/2026

Peminat-peminat tegar jenama MUDIM di Lembah Klang, ayuh jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri anda ke KEDAH SHOWCASE 2026.

Lokasi : Medan Mara, Mara HQ (sebelah Pertama Komplek & Sogo KL)
Tarikh : 12 - 16 Ogos 2026
Masa : Bermula jam 9 pagi

Macam-macam ada, pakat-pakat mai tau.

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kedah
Fantastic Food Fest by Kak Nab


06/08/2026

KUALA LUMPUR!!!
Kami mai pulak dah!!!
Jumpa kami dekat sanaaaa...

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kedah
Fantastic Food Fest by Kak Nab




MEMORI | 3 OGOS 2026MEMPERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KECEMERLANGAN KESELAMATAN MAKANANMUDIM berbesar hati menerima kun...
04/08/2026

MEMORI | 3 OGOS 2026
MEMPERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KECEMERLANGAN KESELAMATAN MAKANAN

MUDIM berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan Makanan & Kualiti Makanan) EN. MOHD KHAIDIR BIN ABD HAMID bersama delegasi Pejabat Kesihatan Daerah Pendang - Rasmi dalam satu lawatan kerja ke premis MUDIM yang telah berlangsung dengan lancar, penuh harmoni dan mencapai objektif yang dirancang.

Delegasi telah disambut oleh barisan pengurusan MUDIM sebelum sesi diteruskan dengan lawatan ke fasiliti pengeluaran, perkongsian maklumat serta perbincangan berkaitan amalan terbaik dalam aspek keselamatan makanan, jaminan kualiti dan pematuhan terhadap keperluan perundangan yang berkuat kuasa.

Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama antara MUDIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan industri makanan negara terus berkembang berlandaskan prinsip keselamatan, kualiti dan integriti.

Sepanjang sesi lawatan, pihak MUDIM turut menerima pelbagai panduan, khidmat nasihat serta perkongsian ilmu daripada pihak KKM yang amat bernilai dalam memperkasakan sistem pengurusan keselamatan makanan syarikat. Bimbingan seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap pematuhan terhadap standard dan peraturan semasa, malah menjadi pemangkin kepada budaya penambahbaikan berterusan dalam setiap aspek operasi syarikat.

Bagi MUDIM, pematuhan terhadap keperluan keselamatan makanan bukan sekadar memenuhi tuntutan perundangan, malah merupakan satu budaya kerja yang menjadi tunjang kepada kepercayaan pengguna terhadap jenama MUDIM sejak hampir empat dekad. Kepercayaan inilah yang terus menjadi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan produk yang selamat, berkualiti tinggi dan konsisten memenuhi jangkaan pengguna di seluruh negara.

MUDIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesudian mengadakan lawatan serta berkongsi pandangan dan kepakaran. Semoga hubungan erat yang terjalin ini akan terus diperkasakan melalui kerjasama, bimbingan dan sokongan berterusan demi memperkukuh industri makanan negara yang lebih mampan, berdaya saing dan diyakini oleh seluruh rakyat Malaysia.



BUBUR ASYURA, UKHWAH YANG MENYATUKAN HATIAlhamdulillah, Program Bubur Asyura anjuran bersama MUDIM dan KRT Kampung Jelut...
11/07/2026

BUBUR ASYURA, UKHWAH YANG MENYATUKAN HATI

Alhamdulillah, Program Bubur Asyura anjuran bersama MUDIM dan KRT Kampung Jelutong yang berlangsung di Kilang MUDIM, Tobiar, Pendang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan.

Seramai 120 peserta telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 5 kumpulan, masing-masing berganding bahu menyediakan Bubur Asyura dengan resipi dan kreativiti tersendiri. Bagi menambahkan lagi kemeriahan, turut diadakan Pertandingan Bubur Asyura Terbaik, yang mencetuskan persaingan sihat dalam suasana penuh ceria.

Namun, hakikatnya kemenangan sebenar pada hari ini bukanlah sekadar menentukan bubur yang paling sedap.

Yang lebih bermakna pada hari ini ialah melihat muafakat peserta dari pelbagai jawatan, usia dan pengalaman dapat duduk semeja, bekerjasama, saling membantu serta bergelak ketawa tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Yang muda menghormati yang tua, yang berpengalaman membimbing yang baharu, semuanya berganding bahu demi menyiapkan satu hidangan yang cukup istimewa.

Inilah keindahan Islam yang sebenar. Bukan sekadar berkumpul memasak, tetapi membina ukhwah, menyemai kasih sayang, mengeratkan silaturahim dan menghidupkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Semoga program yang penuh makna ini menjadi asbab turunnya keberkatan, rahmat dan rezeki daripada Allah SWT kepada seluruh peserta yang hadir, serta terus memayungi jenama MUDIM dan KRT Kampung Jelutong agar sentiasa dipermudahkan segala urusan, diperkukuhkan hubungan sesama insan dan terus diberi peluang untuk menganjurkan lebih banyak program yang menyatukan ummah pada masa hadapan.

🤲 "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." (Surah Al-Hujurat: 10)





Yang berkelayakan dalam bidang elektrikalMOHON SEKARANG ya!!kemasukan segera.Tarikh tutup 15 JULAI 2026.
08/07/2026

Yang berkelayakan dalam bidang elektrikal
MOHON SEKARANG ya!!
kemasukan segera.
Tarikh tutup 15 JULAI 2026.


Address

No 26 Kampung Jelutong Mk Tobiar
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MUDIM Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MUDIM Malaysia:

Shortcuts

Share