17/03/2022
Emas Penyelamat Nilai
Salah satu sebab kenapa saya impan emas adalah untuk lindungi kekayaan daripada hilang disebabkan kejatuhan nilai ringgit.
Pada tahun 2015 harga emas dunia turun sekitar USD1050/oz, tapi harga emas di Malaysia dari sekitar RM140/gram naik sehingga sekitar RM160/gram.
Persoalannya kenapa?
Kalau kita toleh kebelakang iaitu sekitar tahun 2015, nilai ringgit telah pun jatuh sekitar 35%.
Ribut ekonomi dan politik yang berlaku di negara kita sekitar tahun 2015 adalah penyebab harga emas Malaysia tidak jatuh, bahkan harga emas semakin naik kerana yang jatuh adalah nilai ringgit.
Ini maksudnya emas mempertahankan kekayaan kita dari terus susut nilai disebabkan kejatuhan ringgit.
Emas adalah altenatif bagi simpanan duit, sebab duit kertas yang kita gunakan sebelum ini asalnya adalah bersandarkan kepada emas.
Kalau kita buat sedikit kajian sejarah tentang emas, 1400 tahun yang lepas (zaman Rasullullah), 1 dinar emas mampu beli 1 ekor kambing.
Tetapi hari ini 1 dinar emas (harganya sekitar RM900) masih mampu beli 1 ekor juga.
Dalam kewangan, ada duit perlu disimpan, dan ada duit yang perlu dilaburkan bagi mengembangkan kekayaan. Tapi, bukan semua duit perlu dilaburkan.
Mungkin nampak bijak semua duit kita digunakan untuk "PELABURAN", tetapi kita juga berisiko menghadapi "PELEBURAN".
Simpan emas untuk SELAMATKAN nilai. Biar tak berkembang pun tak apa simpanan tu, asalkan yang lebih penting KUASA BELI kekal iaitu tak hilang sebagaimana duit kertas.
Persoalan, berapa banyak perlu simpan emas?
Simpanlah minima 10% daripada nilai kekayaan yang kita ada. Mampu lebih buat lebih, mampu sikit buat sikit, asalkan jangan tiada langsung.