17/03/2025
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Korang, tempahan sataychini5 dah buka tau. Macam biasa kita tak bukak awal-awal. Sekarang baru bukak oder. Jadi pakat2 la serbu ejen terdekat k.
Tempahan ofcourse utk mereka yg terawal.
Siapa cepat dia dapat,kalau lambat memang tak dapat laaa. Kecuali ada stok ujung2 in shaa Allah.
ni sate warisan emak kami tau. Sejak 33tahun yang lalu. Masa tu kitorang kecik2 lagi. Mak buat sate orang je. Kejap tokay sana,kejap tokey sini. Memang naek tangan la kalau mak kami yg buat satey dorang. Duit sate yang mak buat la yang membesarkan kami 8beradik.
Alhamdulillah,akhirnya kami buat jenama kami sendiri. Walau mak tak berapa nak restu,sebab mak takut potong rezeki orang. Tapi akhirnya mak setuju bila tengok kami sungguh2 n pada masa yang sama tempahan masuk menderu2 sampai tak cukup tangan๐
Kami juga masih guna resepi mak. Tak berani nak derhaka.
Pernah jugak cuba2, tapi macam tak kena tekak. Well, resepi mak ofcourse lah yang paling best ork. Jangan kita nak memandai-mandai.
Mak paling tak s**a kalau tambah pewarna nak bagi sate cantik. Mak kata tambah je sikit serbuk **** (selain serbuk kunyit) kalau nk bagi lawa. Satgi hampa nak cucuk pon senang, kalau terluka jari pon cepat je baek. Takde jari2 tu nak sakit lama. Betul mak cakap wei. Tak caya try๐
Banyak pulak cite pasal mak. Tiba2 teringat sangat. Dulu kalau dok lapah ayam dok cucuk sate ada je mak teman. Sambil cerita kisah2 lama. Sekarang takde dah. Dulu ada je dok bising itu ini itu ini,sekarang dah senyap sunyi. Dulu dok mintak mak doa,doa,doa. Sekarang takde dah la. Ramadan ni setahun dahla mak takde. Rindu mak. Alfatihah untuk mak kami, CHE SOM BT AHMAD.
Ingat korang. Buat tempahan melalui agent yg sah sahaja ye. Hanya ada 4 ejen kami yang sah. Kalau ada yang laen tu tak sah la tu. Ada link ws dalam page. Scroll sikit bawah mesti jmpa๐๐
Tankiu korang sudi baca. Jangan lupa buat tempahan. Freezer tengah penuh tu๐ค๐ค