08/11/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan yang kami hormati.
Baru-baru ini, tular semula satu hantaran mengenai pesanan sotong celup tepung di kedai kami. Kami ingin menjelaskan bahawa isu tersebut telah pun ditangani secara langsung dengan pelanggan yang terlibat. Kami telah mengakui kesilapan, memohon maaf, dan menyangka perkara itu telah selesai dengan baik.kami juga telah mengakui khilaf dari pekerja dapur yg bertanggungjawab..
Namun, kami sedikit terkilan apabila perkara ini masih diviralkan semula di media sosial. Kami faham, mungkin niatnya untuk menegur, tetapi kami percaya teguran secara peribadi lebih membina dan berkesan.
Sebagai peniaga kecil, kami sentiasa:
Terbuka menerima teguran demi penambahbaikan.
Mengutamakan kepuasan pelanggan dalam setiap hidangan yang kami sediakan.
Berusaha memperbaiki kelemahan agar perkara sama tidak berulang.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mengambil langkah sewajarnya dengan membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan nama baik dan operasi perniagaan kami. Langkah ini bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa, tetapi sebagai usaha memastikan segala isu ditangani secara adil dan berhemah.
Kami mohon jasa baik semua agar sebarang isu dapat disalurkan terus kepada kami terlebih dahulu. Tindakan memviralkan tanpa ruang penjelasan boleh memberi kesan besar kepada perniagaan kecil seperti kami.
Terima kasih atas sokongan anda semua. Kami amat menghargainya dan akan terus berusaha memberikan memperbaiki mutu dan juga kualiti serta sikap pekerja kami agar lebih beradab.