28/10/2019
Ok gais.. Lama tak ke udara.. Yg mana pernah order dengan kami.. Khusus di tapak Lepaklang Pekan Pahang yang masuk minggu kedua.
Kami mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat anda yang tak putus order sehingga terpaksa tolak order disebabkan bekalan habis dan kapisiti dapur yang kecil.
Kami dari Crew Western Cabin ingin memohon maaf jika ada yang datang nak order tapi dah soldout, ada yang order terpaksa tunggu lama, ada yang order terpaksa bungkus, ada yang order tapi cancel sbb kesilapan komunikasi.
Kami cuba perbaiki lagi apa yang kurang dari segi perkhidmatan dan persembahan.Jika 10 pelanggan satu atau dua pelanggan pasti alaminya.
Jika ada perkara2 tersebut, mohon beritahu kami supaya boleh diperbaiki segera, mana tahu boleh diskaun lagi kannnn....
Okla gais,selamat menjamu selera.