23/11/2025
Info Ramalan Cuaca Hujan Berterusan Peringkat Bahaya Yang Dikeluarkan Oleh Pihak Malaysian Meteorological Department, Amaran Ini Berkuasa Sehingga 25 Nov 2025.
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) sehingga Selasa, 25 November 2025.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, S*k dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) sehingga Selasa, 25 November 2025.
SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) sehingga Isnin, 24 November 2025.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) • Terengganu (Kemaman) sehingga Rabu, 26 November 2025.
Dikeluarkan pada: 11:00 pagi, 23 November 2025