Mama Corners

Mama Corners Kepakaran saya adalah membantu dan memudahkan semua org dgn hidangan makanan Ready To Eat dan pengh

Resepi kacang pedas bilisbahan2- 1 kg kacang tanah- rm 5 ikan bilis-3 senduk lada mesin(ikut orang la nk jenis pedas ke ...
24/06/2023

Resepi kacang pedas bilis

bahan2

- 1 kg kacang tanah
- rm 5 ikan bilis
-3 senduk lada mesin(ikut orang la nk jenis pedas ke tidak)
- 10 ulas bawang putih(blend)
- minyak secukupnya
-gula secukupnya
- garam secukupnya
- 2 sudu makan gula merah
- 3 biji gula batu
-1/2 cawan air

cara2nya

-goreng kacang tanah dengan minyak yg byak n api yg slow( makan masa la ye)
-nak garing (jgn smpai pahit) angkat n toskan miyak
- goreng p**ak ikan bilis sampai garing n toskan

- keluarkan minyak tadi n tinggalkan dlm sesenduk je dlm kuali tu n uolls tumiskan bawang putih tadi sampai kuning2 sikit...masukkan lada mesin, gula, garam ,gula merah n gula batu n air,api slow kacau smpai dia likat n pekat(sambil2 tu rasa la ,apa2 yg kurang tambah)
- bila dah cukup rasa semua uolls tutup la api n biarkan sejuk...

-

KARIPAP SARDIN KENTANGKulit Karipap RapuhUntuk 200 pcs karipapBahan A = campur & kacau rata2 kg Tpg Gandum1 cwn Tepung B...
03/01/2023

KARIPAP SARDIN KENTANG

Kulit Karipap Rapuh
Untuk 200 pcs karipap

Bahan A = campur & kacau rata
2 kg Tpg Gandum
1 cwn Tepung Beras
2 sdt garam halus

Bahan B = panaskan sampai berasap
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan Minyak Masak

Bahan C
Air sejuk dr peti sejuk ( agak2 je )

Cara
Mix bahan A, masukkan bahan B, biar jadi macam berserbuk. Masuk air sejuk sikit2. Mix sampai sebati . Peram dulu dalam 1/2 jam baru guna.

*Air jgn banyak, nti kulit lembik. Agak2 je. Bancuh keras sikit takpe. Dah peram dia lembut.

Selamat mencuba

*UPDATE* :

Sy share inti sardin dia p**ak ye.

1 labu Bwng putih
Cili kisar ikot la nk pdas mane
4 tin sardin - brnd terp**ang selera, hancur kan dan asing kuah
1 guni kentang (guni panjang) potong dadu
Air Asam jawa
Gula garam aji

Tumis bawang putih, masuk cili blend. Dah naik minyak, isi kentang n kuah sardin. Kalo tak ckup tambah air. Kntang dh nk kering msuk sardin ,air asam jawa n perasa.

Bako UbiBahan2 cwn ubi kayu yg sudah di parut (sukat dulu kemudian perah buang air)1 cwn gula merah* / 1 keping nisang1 ...
26/12/2022

Bako Ubi

Bahan
2 cwn ubi kayu yg sudah di parut (sukat dulu kemudian perah buang air)
1 cwn gula merah* / 1 keping nisang
1 cwn air*
3 helai daun pandan *
-masak bahan bertanda *smp larut kemudian tapis(sejukkan)
-dlm loyang campurkan ubi dgn bahan2 yg di masak td, kemudian kukus smp masak (kukus 30 minit)

Kepala santan(sos putih)

1 cwn santan pekat (1 kotak)
1 cwn air
3 sudu besar tpg beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
-dlm periuk campurkan semua bahan di atas.. kacau dulu bg semua larut baru bukak api perlahan
-masak smp pekat

Selepas kukus ubi tadi curahkan kepala santan kat ats ubi dan kukus balik dlm 15 minit @ sehingga masak, kalau xnk kukus pom blh, sendukkn ubi dan tuang kepala santan kat ats ubi tu.. Terp**ang nk buat cara mana..

RESEPI AYAM PERCIK====================Bahan-bahan1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )2 biji bawang b...
25/11/2022

RESEPI AYAM PERCIK
====================
Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
3 -4 biji buah keras ( dikisar )
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.

2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.

3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.

4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.

5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.

6. Setelah ayam 3/4 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.

7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.

8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.

9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….

10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

** ayam boleh juga di bakar di atas arang… tp saya bakar dalam oven utk lebih mudah.

APPLE ASAM BOIBAHAN27 biji buah apple hijau di potong dan di rendam dgn air garam1sb gula10 biji asam boi putih3 biji li...
20/11/2022

APPLE ASAM BOI

BAHAN2
7 biji buah apple hijau di potong dan di rendam dgn air garam
1sb gula
10 biji asam boi putih
3 biji limau kasturi
6 biji cili padi

CARA BUAT

1. Bilas bersih buah apel dgn air dan tapis.

2. masukkan gula, asam boi, perah kan air limau kasturi dan cili padi potong kecil dan gaul rata

Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!Untuk pengetahuan anda, ada...
18/11/2022

Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.

Pasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain, nanti hasinya tidak akan menjadi.

Kalau nak tahu perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya, jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.

BEZA 4 JENIS TEPUNG BERAS WAJIB TAHU

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung beras cap gajah 5 ini p**a sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.

Minum malam kita buat bebola keledekAlhamdulillah❤️sedap.Lembut di dalam ranggup di luarSaya guna resepi dibawah👇Coqkodo...
08/11/2022

Minum malam kita buat bebola keledek
Alhamdulillah❤️sedap.

Lembut di dalam ranggup di luar
Saya guna resepi dibawah👇

Coqkodok/Bebola Keledek Manis

Bahan²
1 1/2 cwn keledek oren/ungu
siap direbus dan dilenyek
1/4 cwn gula pasir
1/2 cwn tepung pulut
3/4 cwn tepung beras
1 sdt baking powder
secubit garam

Caranya
~satukan semua bahan²
~sebatikan sehingga jadi doh
uli manja2 je ye
~bulat²kan
~goreng sehingga masak dan kuning keemasan
~angkat dan hidangkan ketika panas
~siap

Selamat Mencuba

KARIPAP PUSING SIMPLE!Doh A :300 gram tepung gandum1/4 cawan minyak, panaskan dgn 2 sudu majerin1/2 sudu teh garam125 ml...
20/11/2021

KARIPAP PUSING SIMPLE!

Doh A :

300 gram tepung gandum

1/4 cawan minyak, panaskan dgn 2 sudu majerin

1/2 sudu teh garam

125 ml air ais

Doh B :

150 gram tepung beras

125 gram marjerin

inti karipap :

300 gm daging kisar

300 gm kentang (dadu)

1 labu bwg besar (dadu)

*3 ulas bwg putih

*3 ulas bwg merah

*1 inci halia

1 pack rempah kari (25 gm)

daun sup & daun bawang

tumbuk bhn *. Tumis hingga naik bau. Masukkan rempah. Masukkan bhn lain. Tambah air sikit. Masak hingga kentang & daging empuk. last masukkan daun sup & daun bawang. Garam utk rasa.

Resepi Nasi Ayam Superb1. Resepi Nasi AyamTumiskan sedikit ketulan lemak ayam bersama butter....Masukkan halia,bawang me...
12/10/2021

Resepi Nasi Ayam Superb

1. Resepi Nasi Ayam

Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam bersama butter....Masukkan halia,bawang merah,bawang putih,serai dan daun pandan sampai naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan air mengikut sukatan yang betul.
Masak seperti biasa.

2. Resepi Ayam

Sekor ayam direbus bersama halia dan sedikit garam sehingga masak.....toskn..lumur kicap manis,kicap masin dan sos tiram....keringkn seketika sblm digoreng dalam minyak yg b*k...
( saya buat sekor ayam klo ampa2 nk potong kecik2 pun boleh...tp tekstur ayam lagi lembut dan sedap klo grg sekor2)

3.Sup

Tumis bawang merah,bawang putih dan halia....kemudian masukkn air rebusan ayam td....tambah bebola kalo suka...letak perasa ikut tekak masing2..

4.Sambal Cili

6 bji cili merah
10 bji cili api
2 ulas bawang putih
2 tangkai akar ketumbar
6 sudu gula
Garam
3 bji limau kasturi ( potong dua buang biji )
1 biji air limau nipis
Kisar halus kesemua bahan ( xperlu dimasak ye )

4. Sambal Halia

Tumbuk sedikit halia bersama kiub pati ayam....panaskn sedikit minyak bijan dan masak halia yg ditumbuk td seketika...
( klo xde minyak bijan,minyak biasa pun boleh )

SELAMAT MENCUBA SEMUA🥰

Krdit resepi: Nur Hidayah

RESEPI SARDIN HOMEMADE 🍅🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟🍅1 KG Ikan Sardin Yang Dibuang Kepala Dan Ekornya (14 ekor sederhana) ✍🏼 Bahan A 1 Biji B...
09/09/2021

RESEPI SARDIN HOMEMADE
🍅🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟🍅

1 KG Ikan Sardin Yang Dibuang Kepala Dan Ekornya (14 ekor sederhana)

✍🏼 Bahan A

1 Biji Bawang Besar
3 Biji Tomato Standard Size
4 Ulas Bawang Putih

✍🏼 Bahan B

1/2 Cawan Minyak Masak
1 Cwn Sos Cili
1 Cwn Sos Tomato
1 Cwn Cili Kering Yang Di Kisar
1 cwn Tomato Puri
1 cwn Air

Garam, 2Kiub Ayam Maggi /serbuk perasa.

✍🏼CARA MEMASAK

1.Tumiskan BAHAN A & BAHAN B Sehingga Pecah Minyak.
2.Kemudian Masukkan Ikan Sardin
3.Tambah Garam ,Secukup Rasa @ 2 Kiub Ayam Maggi..

Lembut Tulang Dan Cantik Kejadiaan SARDIN nya.

Makan Dgn Nasi Panas2 Dan Goreng Telur Dadar..Perhhh Yummy...

SELAMAT MEMCUBA💐🌹

Address

No. 10 Jalan Desa Rakyat 1, Taman Desa Rakyat
Pasir Gudang
81750

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

0167945005

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mama Corners posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mama Corners:

Share

Category