06/03/2024
Padu tok Kicap Jalen 💪🏾💪🏾💪🏾
"Kicap Jalen Milik Usahawan Melayu Datuk Jalil Long Ramai Tak Tahu
Datuk Abdul Jalil Long
Usahawan berjaya dan pengasas Kicap jenama Jalen telah meninggal dunia di Johor Bharu pada Februari 2020
Allahyarham yang mencipta sendiri ramuan kicapnya memulakan perniagaan perasa makanan itu pada tahun 1981 dengan menubuhkan syarikat kecil bernama Jalil Entreprise.
Ketika itu jenama kicapnya dikenali sebagai Habhal.
Pada tahun 1988, Jalil menubuhkan syarikat baru, Syarikat Jalen Sdn Bhd dan sejak itu beliau menamakan kicapnya dengan nama Jalen.
Oleh kerana sambutan hebat pelanggan terhadap kicap syarikatnya, Jalil mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuat pelaburan sehingga berjuta ringgit.
Pengguna tidak perlu ragu-ragu apabila membeli produk-produk keluaran Jalen kerana kesemua produk telah mendapat mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Agama Islam Johor Malaysia serta menepati Akta Peraturan Makanan 2000. Setakat kini, Jalen telah telah menghasilkan 16 buah produk iaitu kicap manis, kicap lemak manis(premium), kicap masin, kicap lemak, kicap pekat, sos cili, sos tomato, sos berperasa tiram, cuka buatan, taucho masin, dan kordial yang terdapat dalam 7 pilihan perasa iatu sirap ros, oren, barli, mangga, laici, sarsi dan anggur.
Produk keluaran Jalen adalah dijamin 100% produk Bumiputera dan telah dipercayai oleh pengguna kerana bermutu tinggi dan mempunyai rasa yang tersendiri.