Misi Rakyat Delivery Parit Buntar

Misi Rakyat Delivery Parit Buntar Perkhidmatan Penghantaran Parit Buntar,Perak

25/03/2026

referral code
untuk seluruh Malaysia

= referral code : tcsidb

Sharing is caring
25/03/2026

Sharing is caring

20/03/2026

Inshaallah dipermudahkan segala urusan misi rakyat delivery, amiin🤲
Jom ramai² install app misi sekarang.
Daftar sini
https://misirakyat.com/?reg=tcsidb

Referral code:
tcsidb

Inshaallah dipermudahkan segala urusan & rezeki yang diberkati buat semua, Amiin🤲Jum guna app misi..Daftar sini 👇🏻https:...
01/12/2025

Inshaallah dipermudahkan segala urusan & rezeki yang diberkati buat semua, Amiin🤲
Jum guna app misi..
Daftar sini 👇🏻
https://misirakyat.com/?reg=tcsidb

14/11/2025

Tonton, ikut dan terokai lebih banyak kandungan sohor kini.

23/10/2025

Sedih dengan kehidupan sekarang?
Sedih sebab kerja teruk, penat, bos marah, rezeki rasa sempit?

Okay, berhenti sekejap. Tarik nafas perlahan-lahan.
Baca status ini sampai habis.
Manalah tahu, selepas ini kesedihan yang kamu rasa akan bertukar menjadi rasa syukur yang mendalam.

Kalian nak tahu perkembangan terbaru saya?

Sekarang saya bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan.
Nak ke tandas pun kena pakai juga. Kalau tak, saya akan termengah-mengah teruk, macam nyawa-nyawa ikan.
Bezanya, aku bukan ikan.
Tapi begitulah rasa sesaknya bila udara yang dulu Allah bagi percuma, kini perlu disalurkan melalui tiub.

Dulu, saya masih mampu solat berdiri. Tapi sekarang, tidak lagi.
Paras SpO₂ (oksigen dalam darah) saya tidak cantik.
Bila oksigen ke otak berkurangan, saya mudah tumbang.
Jadi sekarang, saya solat dalam keadaan duduk, dengan bantuan oksigen di sisi, sambil memujuk diri,

“Alhamdulillah, Allah masih izinkan aku bersujud walau dalam keadaan begini.”

Nak berwuduk pun dah tak boleh ke tandas.
Saya ambil air sembahyang di atas katil, guna spray wuduk sahaja.
Mandi pun cuma sekali sehari, kena bantuan 100% dari orang lain, itu pun sambil berdoa,

“Ya Allah, panjangkanlah umurku selepas mandi ini.”

Dan yang paling menyentuh hati saya,
lima minggu yang lepas, saya baru saja berlari full marathon sejauh 42 kilometer. Kuat, sihat, penuh semangat.
Tapi hari ini, saya tak mampu berjalan walau beberapa langkah ke bilik air.

Heart rate saya kini, tengah duduk pun dah 100bpm, walhal dulu cuma 45bpm, bergerak sahaja sikit, terus jadi 140bpm, seperti berlari pace 6 sejauh 10km untuk orang yang fit.

Stress saya kini hampir kepada 70% tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Walhal sebelum ini, kalau lari 42km pun, stress paling teruk cuma 40% sahaja, kalau setakat lari 10km, stress saya cuma 25%. Ia bermaksud, heart rate bekerja keras kini hingga buatkan badan terlalu letih.

Dapat p**a keputusan semalam selepas masukkan kamera ke dalam hidung, kesemua 5 saluran pernafasan saya tersumbat sepenuhnya kerana kanser, kecuali ada satu yang masih boleh pakai, itu pun tinggal 30% sahaja lubangnya. Memang sangat sukar nak bernafas.

Cuba, sekejap saja, pejamkan mata.
Bayangkan kalau semua yang saya lalui ini berlaku pada kalian.
Bayangkan bila setiap langkah, setiap nafas, setiap titis air wuduk, semuanya jadi ujian besar yang memerlukan kekuatan luar biasa dengan bantuan orang.

Sahabat, kalau hari ini kamu masih boleh bernafas tanpa bantuan,
masih boleh berdiri solat dengan tenang,
masih boleh berjalan ke bilik air tanpa rasa sesak,
masih boleh bekerja, berlari, dan ketawa,
itu bukan perkara biasa.

Itu nikmat luar biasa!

Jangan tunggu Allah ambil nikmat baru nak sedar ia berharga.
Kerana hari ini, saya sedang belajar erti syukur yang sebenar, bahawa dapat bernafas pun sudah satu bentuk kemewahan yang sangat besar.

Semoga kisah kecil saya ini menyedarkan kita semua, bahawa hidup bukan tentang apa yang hilang, tapi tentang apa yang masih Allah tinggalkan untuk kita syukuri. Alhamdulillah.

Sumber: Nasrry Marde Ismail IV

Inshaallah dipermudahkan segala urusan misi rakyat delivery, amiin🤲Jom ramai² install app misi sekarang.Daftar sini http...
13/09/2025

Inshaallah dipermudahkan segala urusan misi rakyat delivery, amiin🤲
Jom ramai² install app misi sekarang.
Daftar sini
https://misirakyat.com/?reg=tcsidb

Misi Rakyat x Aliff Ahmad
Semalam saya di Tag dalam satu video yang sedang viral di Tiktok dimana anak buah owner video perlukan rawatan untuk kanser sebanyak RM80,000
Selama ni saya di tag oleh ramai orang untuk kembali buka tabung tapi saya tak dapat bantu kerana saya sedang bagi laluan kepada LHDN untuk selesaikan semakan semua audit2 tabung yang lepas dulu..
Tapi kali ni saya rasa tak boleh tahan dah.. ramai anak2 kecil yang perlukan bantuan dana ni..
Tapi kumpul dana ni bukan kerja mudah.. transparent bagaimana sekali pun, tetap boleh menimbulkan keraguan kepada orang awam..
Tapi memang bagus kena ada keraguan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan.. jadi kali ni saya dah ambil keputusan untuk buka semula tabung tapi dengan kerjasama individu yang saya percaya sentiasa jujur dan diakui oleh orang awam tentang kelantangannya dalam menjaga orang awam daripada sebarang penipuan.
Individu tersebut adalah bro Aliff Ahmad yang saya tag malam semalam dan bro Aliff setuju untuk jadi orang yang berperanan pantau duit masuk dan duit keluar tabung yang Misi akan buka.
Saya akan bagi akses kepada Bro Aliff untuk lihat akaun yayasan untuk tempoh tabung dibuka untuk confirmkan duit masuk dikeluarkan 100% kepada penerima. Bro Aliff akan nyatakan hasil pantauan kepada orang awam..
Jika kita dapat jalani first Misi begini dengan jaya.. maka kita boleh bina benchmark baru untuk buka tabung 100% tanpa keraguan untuk bantu anak2 kecil..
Saya juga ingin jelaskan bahawa Bro Aliff tidak dibayar, malah Misi juga tidak mengambil sebarang fee dari sumbangan orang awam.. sebarang kos pengurusan tabung dan server ditanggung penuh oleh perniagaan Misi Delivery.
So Tabung untuk adik kanser ini belum dibuka kerana saya sedang membuat pengesahan dengan parentnya sebagaimana yang disarankan oleh Bro Aliff..
Buat masa sekarang, semua sila install app Misi kerana kita tidak lagi menggunakan website untuk menyumbang seperti dahulu.
Di laman utama akan ada notis kecemasan seperti di dalam gambar.. hanya bila ada kecemasan sahaja, notis tersebut akan muncul.

Address

Parit Buntar
34200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misi Rakyat Delivery Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Misi Rakyat Delivery Parit Buntar:

Share