Ayana Crunchy

Ayana Crunchy HQ for Sambal Nyet Ayana Kitchen & Sambal NL Serbaguna

11/05/2026

Kenapa kena rakam setiap kali packing order yg kuantiti banyak?

Supaya seller ada bahan bukti apabila berlaku dispute atau refund.

Kalau tak ada rakaman video memang pishang jika berlaku kecurian semasa penghantaran.

Jangan risau dan bimbang, kes hilang barang ni biasanya kurang dari 2% sahaja.

Mana ada bisnes sempurna dan bebas cabaran, kan?

Kerja dengan orang pun tak sempurna, kadang kena tiaw dengan boss.

Tak gitu ke.



11/05/2026

Bil tnb bil telekom,
Bila nak buat e-comm? 😅

11/05/2026

E-comm hanya salah satu TOOLS utk buat duit. Tools ni sama mcm phone, semua org ada tapi tak semua tahu guna buat konten, video. Anda rasa?

Minggu lepas ada orang order sampai 24 pek benda ni. Itulah antara kelebihan buat e-comm, bila kita menjual di pasaran y...
11/05/2026

Minggu lepas ada orang order sampai 24 pek benda ni.

Itulah antara kelebihan buat e-comm, bila kita menjual di pasaran yg besar maka peluang untuk dapat order yg besar juga tinggi.

Kalau jual di kedai runcit biasa, mungkin habis banyak pun ada orang beli 2 pek macam tu saja.

Betul tak?

Ramai orang tahu, angguk² dia bila baca tentang kelebihan e-comm ni tapi dia tak nak ambil peluang sedangkan dia memang SEDANG berniaga.

Ishhhh, rugi betul la.

Nak jadi e-comm bukan kena buat booking macam nak ambil lesen menandu tuh sampai berbulan baru dapat tarikh ujian. Nak jadi seller hanya perlu daftar di phone, upload document apa yg diminta lepas tu tunggu sehari dapat la kelulusan.

Bila dah lulus, kau meniaga lah sampai lebam.

"Tak untung pun jual kat situ.. ", ada yg komen begitu.

Untung bisnes jenis retails ni memang tak besar macam bisnes servis, tapi bila bermain dengan sehari beratus dan beribu order (BILA DAH STABIL) not bad la kan.

Kos operasi & overhead sangat rendah.

Kedai 2 ringgit yg jual satu barang 2.60 tu, takkan untung kasar untuk satu barang dia dapat 100 ringgit kot? Untung dalam 40-59 sen gitu² saja tapi bila volume besar itu yg revenue mereka berbillion.

Jual 500 jenis produk takkan satu pun tak boleh buat untung kot, apa punya karut. Dalam dunia memang ada 100 produk saja ke yg bole jual?

Orang lain buat okay je.



10/05/2026

Kenapa give up?
Buat e-comm ni modal permulaan kecil saja, bukan habis berpuluh ribu kos reno mcm kedai makan. Hmmm..

Kalau baru buat e-comm anda rasa nak dapat jualan sehari 500-1,000 ringgit tu ambil masa seminggu dua ke? Kalau fikir se...
10/05/2026

Kalau baru buat e-comm anda rasa nak dapat jualan sehari 500-1,000 ringgit tu ambil masa seminggu dua ke?

Kalau fikir secara logik akal pun senndiri boleh agak, bisnes apa pun akan ambil masa untuk mulai stabil dan makin dikenali.

Dah la anda tu mula dari akaun seller yg bukan saja tiada produk, malah VISITOR juga kosong.

Nak tarik orang masuk melawat ke landing page yg baru, pastinya mengambil masa tertentu, kan? Tak mungkin dalam tempoh sebulan satu Malaysia dah tahu kewujudan shop anda di e-comm, kecuali anda 'some body' di media sosial

Betul tak?

Maksudnya kalau anda tak mula tahun ni, lagi lambat la mendapat hasil macam orang lain , gitu.

Simple saja cara untuk MENJAWAB alasan overthinking tak bertebing yg selama ini menjadi batu penghalang kepada usaha anda yg nak berubah.

Ada quote untuk anda yg masih ding-dong nak mula ke nak sambung bertangguh.

Fail fast Learn fast.

Maksudnya?

Lu pikir lah sendiri, bak kata pelakon & pelawak terkenal tuh.

Kalau takut jatuh terluka, rasanya sampai sekarang pun kita tak akan reti naik basikal & motor, ye ke idok..

Bisnes pun sama saja, kalau takut gagal macam mana nak berjaya sebab keduanya tak boleh dipisahkan umpama isi & kulit.

Contoh..



Jual murah pun orang beli, jual mahal pun ada yg membeli. Orang yg beli dengan harga yg lebih mahal tu sebab dia fikir n...
10/05/2026

Jual murah pun orang beli, jual mahal pun ada yg membeli.

Orang yg beli dengan harga yg lebih mahal tu sebab dia fikir nak guna lama dan tak yakin dengan produk murah walaupun fungsinya sama saja.

Contoh, saya tak s**a beli pewangi kereta yg harga 2 ringgit 60 sen tu sebab bau dia menyegat hidung sampai rasa gatal tekak. Maka saya beli yg 10 ringgit lebih untuk kereta saya.

Boleh guna lama sikit daripada yg murah tu.

Punca kepada masalah tak boleh buat side income online bukan isu harga, tapi dia sendiri yg takut nak letak dan takut nak mula saja.

Itu je, ada berpuluh juta pengguna setia atau READY BUYER mustahil tak ada orang berduit dalam tu.

Sampai sekarang, bulan Mei 2026 saya masih 'kennot brain' dengan orang yg kata jual mahal siapa nak beli tu. Dia duduk mana ye?

Cuba sekali sekala ronda kawasan yg anda tinggal memang tak ada ke orang lebih berduit dari anda?

Pergi tengok j*p ada orang tak di zus tengahari nanti, kemudian singgah p**a di Family Mart atau CU, tengok orang bersepah ke atau semua macam anda?

Kalau mahal dua kupang dari kedai kampung confirm dia tak beli.

Orang kalau nak berniaga ni kena fikir di luar kotak, tapi dia fikir bawah tempurung. Sangat lemah cara berfikir walaupun semua maklumat berada di hujung jari saja sekarang.

Cuba scroll² di marketplace tengok harga produk² di sana, memang tak ada langsung yg jual mahal ke?

Buka minda dulu baru berniaga, jangan menyusahkan diri sendiri dengan overthinking yg tiada bertebing.

Buat jer, kenapa takut sangat nak mula macam kena sakat dengan hantu ehh.



09/05/2026

Money ⏩ Asset ⏩
Cash flow⏩
More Money.
Dapat?

Petang ni masa nak buat posting terkejut beruk j*p, ada interface baru. Kenapa ada logo tt kat atas tu? Untuk colab ke a...
09/05/2026

Petang ni masa nak buat posting terkejut beruk j*p, ada interface baru.

Kenapa ada logo tt kat atas tu? Untuk colab ke ape nih?

Menarik..

Mungkin boleh capai reach lebih besar, kot. Nak kena cari posting sifu² kot ada yg mention pasal bendalah yg baru ni.

Hari ni dah dapat min 10 order ke di e-comm? 😅



Ni kali kedua beli, dulu first time saja² try sebab memang peminat NK. Nampak ja ada orang beratur, saya akan cuba. Seda...
09/05/2026

Ni kali kedua beli, dulu first time saja² try sebab memang peminat NK.

Nampak ja ada orang beratur, saya akan cuba. Sedap atau tau yg tu nombor dua.

Budak muda yg jual Nasi Kandar Atan kat area kem Kamunting ni. Hari tu dah try ayam bawang, kali kedua ni try ayam kari p**a.

Joki dia memang pandai, kuah yg dia pilih semuanya sedap. Sebijik macam makan kat NK famous yg ada kat Taiping Central.

Ka.. depa ni sedap lagi. Confuse p**ak. 😅

Bismillah.

Hari ni ngan esok tak buat apa², so ajak wife pi makan all day. Besok kenuri pun banyak, taktau nak pi yg mana satu.

Yg penting bisnes e-comm, ada bots yg tolong jaga.

Tido pun duit masuk.



09/05/2026

Kira Untung Kasar jualan utk produk, kira Untung Bersih p**a ialah untuk bisnes. Pastikan keduanya PROFITABLE. Simple, tapi ramai yg keliru.

Address

Jalan Baharu
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:30 - 19:00
Tuesday 08:30 - 19:00
Wednesday 08:30 - 19:00
Thursday 08:30 - 19:00
Friday 08:30 - 19:00
Saturday 08:30 - 13:00

Telephone

+601132210196

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayana Crunchy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ayana Crunchy:

Share