12/07/2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sukacita dimaklumkan, saya Che Mohd Izamri Bin Che Ibrahim mewakili pihak pengurusan Warung Keropok Pok Him ingin memaklumkan bahawa kami akan menyambung operasi perniagaan di premis kami pada hari ini, 12 Julai 2022 Masihi bersamaan 12 Zulhijjah 1443 Hijriyyah.. Waktu operasi kekal seperti biasa, dari 12 tengah hari hingga 7 malam.. Kepada para pelanggan yang ingin singgah untuk menjamu selera, sila pastikan kenderaan masing-masing diparkir dengan baik agar tidak menyulitkan urusan pelanggan-pelanggan lain yang telah berada di premis kami sebelum ketibaan anda.. Memandangkan premis kami juga adalah zon larangan merokok, kami berharap anda semua mematuhi arahan poster yang ditampal untuk mengelakkan sebarang perkara yang tk diingini.. Kami tidak mahu lagi melihat perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan segelintir pelanggan yang berkenaan yang telah menyebabkan reputasi perniagaan kami tercemar sebelum ini.. Harap maklum, terima kasih..