04/10/2026
PUSAT KHIDMAT
YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
(PADANG SERAI)
PROGRAM KOMUNITI ICU JPM & JPKKP
Hari ini berlangsung Program Komuniti ICU JPM bersama empat JPKKP yang melibatkan penduduk dari 17 kampung dan kawasan sekitar Mukim Labu Besar, Kulim, iaitu Kg Padang Ubi, Kg Padang Patong, Kg Bikan Atas, Kg Bikan Ulu, Kg Bikan, Kg Petani, Kg Merbok Sungai Badak, Kg Bagan Sena, Kg Ladang Bagan Sena, Kg Ladang Bukit Sedim, Kg Bukit Cempedak, Kg Jubai, KEDA Bagan Sena, Kg Jubai SC, Kg Jubai Bawah, Taman Sena dan Kg Kuala Dahan.
Program ini menghimpunkan pelbagai kaunter khidmat dan perkhidmatan kerajaan bagi memudahkan penduduk mendapatkan perkhidmatan secara terus. Antaranya PEKA B40, perkhidmatan Pejabat Pergigian Daerah Kulim/Bandar Baharu serta kaunter khidmat agensi berkaitan.
Dalam masa yang sama, seramai 300 penerima yang dikenal pasti melalui data eKasih menerima bantuan bakul makanan dan keperluan kebajikan. Semakan bersama JPKKP turut dibuat bagi memastikan bantuan disampaikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Penglibatan JPKKP Padang Ubi, JPKKP Merbok Sungai Badak, JPKKP Bukit Sedim dan JPKKP Bukit Cempedak memperkukuh pendekatan turun padang melalui semakan penerima, penyampaian jemputan secara rumah ke rumah serta pengurusan penerima pada hari program.
Kerjasama ICU JPM, JPKKP dan agensi kerajaan ini menjadi satu usaha untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, memastikan bantuan lebih tersusun, tepat kepada kumpulan sasaran dan dekat dengan masyarakat setempat.