My AJ Crispy Chicken

My AJ Crispy Chicken Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from My AJ Crispy Chicken, Fast food restaurant, Nilai.

Lama dah tak berkursus.Haei ni berpeluang dijemput hadir Seminar Teknologi Peningkatan Kualiti Dan Jangka Hayat Produk -...
26/07/2023

Lama dah tak berkursus.

Haei ni berpeluang dijemput hadir Seminar Teknologi Peningkatan Kualiti Dan Jangka Hayat Produk - Mardi

Terima kasih Mardi! Semalam, hampir 4 jam lawatan tapak oleh pegawai Mardi ke kilang pengeluaran MyAJ. Banyak soalan, ba...
09/05/2023

Terima kasih Mardi!

Semalam, hampir 4 jam lawatan tapak oleh pegawai Mardi ke kilang pengeluaran MyAJ. Banyak soalan, banyak perbincangan, banyak penjelasan & banyak perkongsian... Berulang2 perkataan 'banyak' saya, sebab memang banyak.. 😅

Pegawai juga dibawa tour ke dalam kilang dan melawat tapak niaga foodtruck MyAJ. Mereka melihat sendiri bagaimana proses pengeluaran dan jualan terus dilakukan ditapak niaga.

Mudah2an dalam beberapa minggu ke depan, akan ada berita baik dari Mardi untuk perkembangan bisnes MyAJ.

KAIZEN bermaksud Continuous Improvement, satu falsafah budaya kerja Jepun yang kami amalkan di MyAJ Crispy Chicken. Prod...
08/04/2023

KAIZEN bermaksud Continuous Improvement, satu falsafah budaya kerja Jepun yang kami amalkan di MyAJ Crispy Chicken. Produk kami akan sentiasa ditambah baik dari segi kualiti dan rasanya.

Dapat Panggilan Luarbiasa.. Pagi ni dalam sibuk dengan macam2 urusan, tetiba dapat call dari nombor tak dikenali.Dia tan...
07/04/2023

Dapat Panggilan Luarbiasa..

Pagi ni dalam sibuk dengan macam2 urusan, tetiba dapat call dari nombor tak dikenali.

Dia tanya saya owner MyAJ Crispy Chicken ke. Saya kata Ya. Dia perkenalkan dirinya. Dia kata dia dari pengurusan bahagian penyewaan di Subang Airport.

Dia tanya, berminat ke kalau mereka offer buka satu outlet di Subang Skypark.

Saya tergamam dan terdiam sekejap. Antara percaya atau tidak.

Pernah juga lama dulu beberapa kali guna Subang Airport sebab guna flight Firefly. Tak berapa tau pulak macam mana traffic pelanggan kat sana. Memang rasa teruja sebab macam satu pengiktirafan. Tapi bukan satu yang mudah..

Saya minta dia hantar proposal. Saya nak belajar sesuatu yang baru sebab outlet di airport ni another level. Apa salah kita survey dulu, tengok kemampuan dan pasaran. Kalau ada rezeki tidak akan kemana. Kalau bukan sekarang mungkin akan datang..🤗

Sentiasa Menjadi Tumpuan Sejak 4 Tahun Yang LaluAlhamdulillah, setiap tahun Ayam Gunting myAJ Crispy Chicken sentiasa me...
02/04/2023

Sentiasa Menjadi Tumpuan Sejak 4 Tahun Yang Lalu

Alhamdulillah, setiap tahun Ayam Gunting myAJ Crispy Chicken sentiasa menjadi tumpuan menu berbuka pengunjung Bazaar Ramadhan Nilai 3. Terima kasih kepada semua pelanggan setia kami sejak 4 tahun dulu. Rasa yang tidak berubah. Kami juga setia memberikan yang terbaik untuk anda.

Ramai kata sedap, betul ke?

Nak tau, mari rasai sendiri kesedapan dan kelainan rasa ayam gunting crispy kami di Bazaar Ramadhan Nilai 3.

MyAj Crispy Chicken HQ ada di Bazaar Ramadhan Nilai 3. Ramai kata sedap, betul ke? Sesiapa yang merindui rasa ayam gunti...
01/04/2023

MyAj Crispy Chicken HQ ada di Bazaar Ramadhan Nilai 3. Ramai kata sedap, betul ke? Sesiapa yang merindui rasa ayam gunting terbaik dari kami atau belum pernah merasai kelainan ayam gunting kami, datanglah disini. Di foodtruck kami. Selain tu, banyak juga gerai yang menjual pelbagai juadah untuk anda berbuka.

PROMOSI JUALAN!!!Stok Ayam Gunting untuk :--Peniaga Bazaar Ramadhan-Peniaga Pasar Malam+ Harga sangat berbaloi pada harg...
22/03/2023

PROMOSI JUALAN!!!

Stok Ayam Gunting untuk :-

-Peniaga Bazaar Ramadhan
-Peniaga Pasar Malam

+ Harga sangat berbaloi pada harga Rahmah
+ Perapan ayam yang sedap
+ Warna perapan cantik
+ Size ayam yang besar (XL)
+ Kualiti tahan lama

Nak tanya lanjut, klik untuk terus whatsapp
https://wa.link/ktqrtd

My AJ Crispy Chicken mengucapkan Selamat Bersolat Tarawih dan Selamat Berpuasa 1 Ramadhan 1444 hijrah. Moga ibadah kita ...
22/03/2023

My AJ Crispy Chicken mengucapkan Selamat Bersolat Tarawih dan Selamat Berpuasa 1 Ramadhan 1444 hijrah. Moga ibadah kita semua kali ini diterima oleh Allah.

Sejak awal penubuhan myAJ Cripsy Chicken bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi sekadar menawarkan produk2 ayam gun...
18/03/2023

Sejak awal penubuhan myAJ Cripsy Chicken bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi sekadar menawarkan produk2 ayam gunting yang mempunyai yang berbeza dari yang lain. Apa beza ayam gunting myAJ dari yang lain, perapan ayam yang juicy, tepung yang rangup dan serbuk ori dan cili yang terasa kelainannya.. "Ramai kata sedap. Betul ke?"

Untuk Berjaya Perlu Sabar dan Tekun. Jangan Mudah Menyerah..Untuk menghasilkan potongan ayam gunting secantik ini dalam ...
18/03/2023

Untuk Berjaya Perlu Sabar dan Tekun. Jangan Mudah Menyerah..

Untuk menghasilkan potongan ayam gunting secantik ini dalam tempoh kurang 30 saat bagi setiap pcs memang memerlukan latihan hampir 1 bulan. Perlu tekun dan sabar. Rugi potongan putus dan rosak memang tak boleh di kiralah sepanjang tempoh latihan.

Selain tu, kualiti perapan pun mesti betul bahan dan sukatannya. Jika tidak, ayam gunting tak jadi seperti sepatutnya. Lembut dan mudah melekat kepada tepungnya ketika menggoreng. Perapan ayam gunting sangat berbeza dengan apa juga cara perapan yang biasa dilihat pada resepi masakan dirumah. Texture daging ayamnya sangat berbeza. Teknik perapan mesti betul untuk kualiti yang cantik dan tahan lama.

Selain itu, kombinasi tepung rangup, rempah ratus serbuk perasa dan cara menggoreng pun memainkan peranan sangat2 penting untuk menjadikan rasa ayam gunting yang rangup, daging ayamnya juicy, rasa yang unik dan sedap.

Kombinasi resepi perapan, resepi rempah ratus serbuk perasa dan teknik potongan ayam mengambil masa hampir setahun untuk saya menguasai semuanya barulah saya yakin untuk memasarkan secara meluas. Sebelum itu, saya hanya membuatnya untuk kegunaan sendiri dan untuk sebahagian wakil2 jualan yang sejak awal berniaga dengan jenama myAJ ni.

Kenapa saya sebut mesti kurang 30 saat untuk setiap pcs ayam gunting, masa yang digunakan untuk memotong? Kerana, untuk memotong 1,000 pcs ayam gunting, tidak boleh mengambil masa lebih dari 9 jam termasuk rehat, bagi seorang tukang potong.. 😅. Mudah2an kilang pengeluaran saya akan mencapai kapasiti itu satu masa nanti.. InsyaAllah!

Alhamdulillah, 15 Mac 2023 adalah tarikh penting buat AJ bila logo baru akhirnya dapat dihasilkan. Pertukaran logo terpa...
16/03/2023

Alhamdulillah, 15 Mac 2023 adalah tarikh penting buat AJ bila logo baru akhirnya dapat dihasilkan. Pertukaran logo terpaksa dilakukan kerana pelbagai faktor pentadbiran dan kelulusan yang tak dapat diselesaikan. Selepas ini semua outlet yang menggunakan logo lama AJ Crispy Chicken akan bertukar kepada myAJ Crispy Chicken.

Address

Nilai
71800

Telephone

+60103432025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My AJ Crispy Chicken posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to My AJ Crispy Chicken:

Share