Frozen Bergerak

Frozen Bergerak Menjual aneka kueh & produk frozen. https://instagram.com/frozenbergerak/

Menyediakan penghantaran sampai depan pintu rumah, serta menyediakan 'kedai bergerak' boleh shopping frozen depan rumah sahaja 🚘
Selain itu, turut menjual buku ilmiah yang boleh menjadi santapan rohani & tambah ilmu 💚

Antara stok frozen paling laku, adalah popia frozen.Antara pilihan yang kami ada:- Carbonara Original- Carbonara Daging-...
07/06/2026

Antara stok frozen paling laku, adalah popia frozen.

Antara pilihan yang kami ada:
- Carbonara Original
- Carbonara Daging
- Sayur Ayam Cheese
- Jejari Ketam Cheese

Memang sedap ! Rasa puas hati bila makan 🤩

Muffin frozen 🧁Mudah sediakan hanya kukus sahaja 🤗4 jenis perisa / Coklat-Vanila- Pandan & Orange
03/06/2026

Muffin frozen 🧁

Mudah sediakan hanya kukus sahaja 🤗
4 jenis perisa / Coklat-Vanila- Pandan & Orange

Pilihan Kuih Tradisi Frozen kamiMacam-macam ada 🤩🔥
30/05/2026

Pilihan Kuih Tradisi Frozen kami

Macam-macam ada 🤩🔥

Ketupat Palas FrozenCitarasa Utara, Lemak Masin
25/05/2026

Ketupat Palas Frozen

Citarasa Utara, Lemak Masin

Aneka topping dimsum ayam 🤩
24/05/2026

Aneka topping dimsum ayam 🤩

Pilihan Pau Gebu 🤩Kami ada dua jenis saiz, standard & miniAda 8 perisa- Kacang Merah- Kaya- Coklat- Kelapa- Kari Ayam- R...
22/05/2026

Pilihan Pau Gebu 🤩

Kami ada dua jenis saiz, standard & mini

Ada 8 perisa
- Kacang Merah
- Kaya
- Coklat
- Kelapa
- Kari Ayam
- Rendang Ayam
- Rendang Dgg
- BBQ Ayam

Dua hari lepas, kami ada delivery di salah sebuah rumah pelanggan kami. Makcik ni dah berusia, kalau berjalan memang per...
18/05/2026

Dua hari lepas, kami ada delivery di salah sebuah rumah pelanggan kami. Makcik ni dah berusia, kalau berjalan memang perlahan-lahan.

Kebiasaannya anak-anak dia yang keluar ambil barang order. Tapi hari tu, makcik minta kami tunggu sebab dia sendiri nak keluar ambil dan nak bayar terus.

"Maaf lah nak, lambat acik nak keluar... sian kamu tunggu..."

"Eh tak apa acik, jalan perlahan-lahan je, saya ok..."

Sementara tunggu makcik keluar, saya pun sembang sikit.

"Sunyi je rumah acik, mana pergi yang lain?"

"Anak-anak pergi taman, pakcik p**a jogging petang-petang ni. Tinggallah acik sorang. Dah tak larat nak bergerak... boleh buat kerja mana yang mampu saja di rumah. Esok kan satu Zulhijjah, acik simpan tenaga nak puasa esok..."

Sambil dengar acik bercakap, perlahan saya tarik kerusi dan duduk. Biasalah, bila jumpa makcik-makcik ni, kami memang s**a luang masa lebih sikit untuk berbual.

"Kamu muda lagi, masih kuat... jangan lupa esok puasa ya nak..."

Terdiam saya sekejap.

Kadang-kadang nasihat yang paling menusuk hati bukan datang dari ceramah panjang, tapi datang daripada orang yang kita tak sangka.

Dalam keadaan badan tak sekuat dulu, berjalan pun perlahan, tenaga pun dah tak seperti dahulu... tapi semangat nak rebut pahala masih kuat.

Sedangkan kita yang masih sihat, kadang-kadang terlalu sibuk sampai terlupa. 🥹

Bulan Zulhijjah ni bukan bulan biasa-biasa. Lebih-lebih lagi 10 hari awal Zulhijjah, antara hari yang sangat besar kelebihannya. Ramai ulama menyebut amalan pada hari-hari ni sangat istimewa: puasa, zikir, sedekah, baca Al-Quran dan amal kebaikan lain.

Mungkin sebab tu makcik tadi cakap dia nak simpan tenaga. Bukan sebab kuat badan, tapi sebab kuat semangat nak rebut peluang.

Semoga Allah panjangkan umur makcik tu dalam kebaikan. Dan semoga kita pun tak terlepas peluang merebut hari-hari yang istimewa.

Kadang-kadang pergi hantar frozen, tapi balik bawa sekali satu peringatan ❤️

Ayuhh banyakkan amal ibadah 10 hari pertama Zulhijjah. Rebut peluang ini 🫰🏻

Dulu beli barang photoshoot sikit-sikit…Mungkin sebab minat yang sama, s**a belajar benda baru ✨Bermula dgn hanya sekepi...
14/05/2026

Dulu beli barang photoshoot sikit-sikit…
Mungkin sebab minat yang sama, s**a belajar benda baru ✨

Bermula dgn hanya sekeping daun & sebuah raga dari kedai eco je 🍃🧺

Lepas tu tambah lagi… dan lagi…
Tak sedar, sekarang barang photoshoot dah hampir penuh satu storage 😅

Kdgg bukan sbb nak nampak “perfect”,
tapi sebab seronok tengok setiap gambar ada effort & cerita sendiri 🤍

Pewangi ni boleh beli di shopee juga >>>

https://s.shopee.com.my/6Ahqn4OHOH

Bauan yang selamat, boleh tahan sampai sebulan lebih

Pssstt harga sebelum ni RM12 tauu, ni clearance sale 🔥

Baru-baru ni saya singgah gerai laksa tepi jalan. Teringin nak makan laksa.Masa sampai gerai, nampak peniaga ni agak clu...
13/05/2026

Baru-baru ni saya singgah gerai laksa tepi jalan. Teringin nak makan laksa.

Masa sampai gerai, nampak peniaga ni agak clumsy sibuk membungkus laksa. Setibanya giliran saya, kelam kabut peniaga tu buat saya tak selesa, saya tegur,

“Encik, perlahan-lahan letak bahan-bahan tu, saya tak urgent, saya boleh tunggu…”

“Maaf lah kak, dari awal saya buka gerai sampai sekarang saya rasa penat… tadi Majlis ada angkut barang-barang niaga saya. Mana lah saya tak cuak… dahnya dorang tinggalkan laksa dan kuah je…”

Mungkin dah tak tertahan perasaan, terluah semuanya pada saya.

“Saya baru nak mula meniaga kak… bila dah masak kuah laksa, saya dah tak boleh simpan sampai esok. Saya masak sekali periuk besar sebab dah siapkan dari malam semalam. Hari ni nak tak nak saya kena habiskan jualan laksa ni, kalau tak memang rugi…

Penat sebab nak kena siapkan balik bahan-bahan lain… kena hiris timun, bawang, cili… lepas tu lari pergi beli barang semula…”

Saya diam sekejap. Tengok muka dia memang nampak letih sangat. Mata pun macam orang tak cukup rehat. Tangan masih ligat masukkan timun, bawang dan cili dalam bungkusan laksa saya walaupun jelas dia cuba tahan penat dan stress.

Saya cuma mampu cakap perlahan,

“Allah… berat juga ujian encik hari ni…”

Dia senyum hambar.

“Biasalah kak… meniaga ni kadang bukan takut tak laku je… takut barang kena angkut, takut rugi, takut balik rumah tangan kosong…”

Waktu tu baru saya sedar…

Kadang kita sebagai pelanggan nampak peniaga lambat, nampak kelam kabut, terus rasa tak puas hati. Tapi kita tak tahu mungkin beberapa minit sebelum tu dia baru lepas tahan sedih, tahan marah, tahan penat.

Saya ambil laksa tu, hulur duit sambil tambah sedikit lebih, lebih tu takde lah banyak mana tapi ada sedikit untuk dikongsi..

Dia cepat-cepat cakap,

“Eh kak, terlebih ni…”

Saya senyum.

“Takpe encik… anggap je rezeki anak-anak.”

Terus dia diam. Mata dia berkaca sikit.

Sebelum saya balik, dia sempat cakap,

“Terima kasih kak… hari ni ramai marah saya sebab lambat. Akak je cakap suruh saya buat perlahan-lahan…”

Balik dari gerai tu, entah kenapa rasa sebak.

Kadang orang yang nampak paling kelam kabut tu sebenarnya sedang berperang dengan hidupnya diam-diam.

Kalau nampak peniaga tepi jalan, support lah mereka kalau mampu.

Kadang kita beli bukan sebab makanan tu semata-mata, tapi sebab kita sedang bantu seseorang terus kuat mencari rezeki halal untuk keluarga mereka. 🤍

Bila chatgpt tak ikut arahan....Betul2 bolat karipap pusing tu dia generatekanNak marah tak boleh, sbb robot alam maya j...
13/05/2026

Bila chatgpt tak ikut arahan....

Betul2 bolat karipap pusing tu dia generatekan

Nak marah tak boleh, sbb robot alam maya je 😆😆

Address

Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Telephone

+60132036230

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Frozen Bergerak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Frozen Bergerak:

Share