10/08/2026
BERITA KEBAJIKAN | ZIARAH AHLI KELUARGA PRP IPD TANGKAK
MUAR, 10 Ogos 2026 β IPD Tangkak telah melaksanakan ziarah kebajikan kepada Puan Intan Ernie Farahin binti Rosily, ahli keluarga kepada warga kerja Bahagian Pengurusan IPD Tangkak yang sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
Ziarah yang diketuai oleh Insp. Vimalan, Cawangan HEAPP, bersama warga Cawangan Kebajikan IPD Tangkak ini bertujuan menyampaikan sokongan moral serta menunjukkan keprihatinan dan empati pihak jabatan terhadap kebajikan warga kerja dan ahli keluarga.
Dalam kesempatan tersebut turut disampaikan sumbangan Wang TKSS Johor kepada waris sebagai tanda keprihatinan dan sokongan daripada pihak PDRM.
IPD Tangkak mendoakan agar Puan Intan Ernie Farahin binti Rosily diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik.