D’Jeti Teluk Buih

D’Jeti Teluk Buih Asam Pedas Padu

10/12/2023

Resepi Kek Pandan Kukus (Sedap Sangat!)

Kek pandan sangat sedap dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja terutama sekali ketika minum petang. Rasa dan rupa yang enak itu mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat kek pandan ini seperti membakar dan mengukus, akan tetapi resepi yang dikongsikan ini menggunakan cara mengukus. Resepi ini sangat senang dan sesiapa sahaja boleh cuba membuatnya. Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini sangat senang untuk diperolehi.

Resepi kek pandan kukus ini telah dikongsikan oleh Rose Rosnah Rosnah di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Mari kita cuba resepi yang simple ini!

-
Bahan-bahan:-

4 biji telur
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak jagung/biasa
1 sudu perasa pandan
1 sudu soda bikarbonat
2 cawan tepung
Pewarna hijau
-
Cara-cara membuat:-

Mix telur dengan gula sampai putih berkrim, masukkan susu, minyak dan perasa pandan, mix lagi.

Masukkan soda dan tepung yang sudah di ayak.

Masukkan pewarna.

Panaskan pengukus dan kukus adunan dengan api yg besar.

Bungkus penutup kukus dgn kain jarang supaya air wap tidak menitis.

Kukus sampai masak.

30/07/2023

Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak.
Cuba lah, bau semerbak tak menahan.

RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara :
Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan s**atan di atas.
Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.
Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua! 😍

Credit to Nieza Nor Hamira

29/07/2023

Alhamdulillah, rezeki, jiran bagi pucuk ubi 3kg 😀

Rajin² dahulu, Malas² kemudian... Siap dah lauk utk hari² mls masak🧐... Nak buat ni mmg perlu kn kerajinan🤣. Masa nak makan nanti tinggal goreng telur je.. makan dgn nasi panas²..perghhh sedapnya🤤

Sambal Garing Pucuk Ubi

**Kalau nak buat banyak gandakan s**atan

Seikat pucuk ubi, basuh bersih.. Potong ikut s**a dan goreng hingga garing.. Toskan

Ketepikan

Segenggam cili kering
☝️ Panaskan minyak. Minyak dah betul2 panas baru masukkan cili kering. Goreng sekejap je.
Angkat, toskan.
Tumbuk guna lesung batu supaya lebih sedap😋

Segenggam ikan bilis
Goreng & tumbuk

5 ulas bawang putih hiris nipis
☝️Goreng hingga garing.
Toskan dan tumbuk

1/4 cawan bawang goreng.
☝️Tumbuk

Kemudian,
Panaskan kuali, TANPA minyak. Masukkan
cili kering
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang goreng
Gula
Garam
Gaul sebati, api kecil shj.

Masukkan pucuk ubi.. Siap

Simpan dlm bekas kedap udara.

Kredit: Nana ereena

29/07/2023

Sedap minum waktu cuaca panas ni.. 😋

Bahan-bahan:
1 tin laici
1 btg serai
Asam boi
I botol icecream soda FN biru
2 biji lemon....
(Kalau nak lagi sedap, boleh letak daun pudina)

Sumber resepi: Eda Mohd




29/07/2023
21/07/2023

𝗞𝗘𝗞 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗧

Bakar dalam rice cooker.

𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡-𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 :
1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan gandum
5 biji telur gred c
2 sd soda bikarbonat
3 sudu minyak masak
1/3 cawan susu pekat

𝗖𝗔𝗥𝗔-𝗖𝗔𝗥𝗔 :

Masak gula sehingga perang..guna api kecil ye. Kemudian tambah air sikit demi sedikit bila gula sebati matikan api biarkan sekejap. Pukul manja telur bia kuninngnya pecah sebati then mas**an susu.. Mas**an Air gula tapis ye, takut ade yang ketul. Mas**an gandum dan soda bikarbonat sis ayak bersama.. Kacau sebati

Tapiskan adunan ke dalam rice cooker.. Bakar sehingga masak.. dan butang warm bertukar..

21/07/2023
10/08/2022

Assalamualaikum kedai asam pedas padu sentiasa dibuka kecuali hari jumaat close.

23/06/2022

Mkn tengahari dgn hasil lauk fresh dri laut smbil menikmati permandangan yg indah.. pda masa yg sma bley cuci mata mncri lauk di pasar ikan berhampiran.. nikmat apakah lagi yang kau ingin dustakan.. meh rmai2 pakat cuba mkanan di kedai kami..

23/06/2022

Menu wajib selaku menu utama kedai kami ialah ASAM PEDAS IKAN KACI.. jom cuba selera di kedai kami..

D’jeti teluk buih
23/06/2022

D’jeti teluk buih

30/05/2022

Assalamualaikum asam pedas d’jeti dibuka seperti biasa

Address

Jeti Nelayan Teluk Buih
Mersing

Opening Hours

Monday 07:00 - 15:00
Tuesday 07:00 - 15:00
Wednesday 07:00 - 15:00
Thursday 07:00 - 15:00
Saturday 07:00 - 15:00
Sunday 07:00 - 15:00

Telephone

+60107769497

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D’Jeti Teluk Buih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category