11/09/2026
Hari tu ada sebuah syarikat buat dinner buffet dekat Cafe 805.
Walaupun cuma 15 orang, kami tetap buat persiapan sebaik mungkin.
Sebelum tetamu mula makan, setiap hidangan kami masak satu demi satu supaya semuanya dihidangkan panas-panas.
Ikan pari dibakar sehingga masak sempurna.
Udang p**a digoreng rangup sebelum dimasak bersama sos pilihan.
Sambal ikan pari juga kami buat segar supaya setiap suapan lebih menyelerakan.
Untuk buffet kali ni, antara menu yang disediakan ialah Kambing Masak Merah, Sotong Celup Tepung, Udang Kam Heong, Singapore Chili Crab, Mantao Goreng, Ikan Pari Bakar, Nasi Putih dan Buah Tembikai.
Alhamdulillah, semua tetamu menikmati hidangan dengan berselera dan majlis berjalan dengan lancar.
Kalau korang sedang mencari servis mini catering untuk jamuan kecil, majlis akikah, majlis nikah ataupun jamuan pejabat, hubungi sahaja Cafe 805.
InsyaAllah kami akan cuba sediakan menu yang sesuai mengikut bajet dan keperluan korang.