13/11/2025
“Bila Hidup Menumpang, Tak Semua Faham Susahnya.”
Begitulah tajuk cerita ni.
Sebenarnya saya tak berniat pun nak tulis panjang lebar macam ni, tapi bila perkara ni kena pada diri sendiri — rasa teraniaya, rasa tak dihargai semua usaha selama ni — saya rasa perlu juga diluahkan.
Saya tulis ni bukan untuk tuntut bela atau minta simpati, tapi sekadar berkongsi kisah sebenar supaya jadi pengajaran untuk diri saya dan mungkin juga untuk orang lain.
Permulaan Cerita
Ada satu lot tanah (kedai) di salah sebuah rancangan Felda yang sangat saya sayangi. Di situlah ayah saya, seorang peneroka, memulakan perniagaan sebagai tukang gunting rambut sejak tahun 2006 hingga kini (2025).
Waktu tu, ayah hanya berniaga dalam sebuah pondok kecil yang dibinanya sendiri. Dari tahun 2006 hingga 2016 — sepuluh tahun lamanya — ayah tetap setia dengan pondok itu, walau serba kekurangan.
Hujung tahun 2016, saya p**a ambil langkah untuk menaik taraf pondok tersebut menjadi rumah kedai (rujuk gambar). Di situlah saya dan isteri menetap, dan di situ jugalah ayah teruskan kedai guntingnya.
Alhamdulillah, daripada sebuah pondok kecil, kini berubah jadi premis yang lebih selesa dan tersusun.
Masalah Bermula
Segalanya berubah bila permohonan bekalan elektrik dan air kami tidak diluluskan.
Sebelum ni, ayah hanya menumpang bekalan dari premis bersebelahan (saya panggil “Premis A”) dengan bayaran RM5 sebulan.
Pemilik Premis A (saya gelarkan “Pihak X”) mempunyai beberapa kedai di kawasan tersebut. Pada awalnya, semuanya berjalan lancar — kami berkongsi bil dengan penyewa asal Premis A, dan tiada masalah pun.
Namun, bila penyewa bertukar pada tahun 2020, segalanya mula berubah.
Kes Pertama (2020 – 2023)
Penyewa baru pada mulanya okey — sama-sama bayar bil. Tapi lama-kelamaan, bayaran makin culas, bil makin tinggi, dan akhirnya mereka lari meninggalkan premis dengan bil tertunggak yang banyak.
Lebih mengecewakan, duit yang saya dah serahkan untuk bayar bil tu tak pernah dijelaskan.
Dari situ bermulalah pertikaian pertama antara saya dan Pihak X. Saya bertegas, itu bukan tanggungjawab saya — kenapa saya perlu bayar bil orang lain?
Waktu tu p**a (PKP), saya jarang p**ang ke rumah kerana bekerja luar kawasan. Saya hanya bayar bil semasa sahaja, bukan tunggakan lama. dan pihak x telah menyelesaikan semua tunggakan bil dengan budi baik bicara.
Titik Balik (2023)
Awal tahun 2023 adalah antara tempoh paling s**ar dalam hidup saya.
Ekonomi saya jatuh, dan dari situlah saya nekad untuk bangkit dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan — lahirlah LICKIN BURGER yang korang semua kenal hari ini 🍔
Waktu tu, saya bermula dari bawah betul-betul.
Alhamdulillah, bil tertunggak lama diselesaikan oleh Pihak X. Tapi selepas itu, semua bil elektrik dan air sepenuhnya saya tanggung sendiri, walaupun Pihak X masih menggunakan bekalan tersebut untuk aktiviti di premis mereka.
Saya tak pernah berkira.
Saya fikir, “tak apa, saya menumpang, saya ikhlaskan.”
Saya bayar penuh setiap bulan, tak pernah tertunggak walau sekali.
Kes Kedua (Ogos 2025)
Pada Ogos 2025, saya perasan ada penyewa baru masuk ke Premis A, tapi saya tak dimaklumkan langsung oleh Pihak X.
Saya fikir mungkin sementara saja, sebab sebelum ni pun ramai penyewa yang datang dan pergi. Tapi kali ni, dah berbulan-bulan mereka di situ.
Saya cuba berbincang dengan cara baik — malah hantar surat ajakan untuk kongsi bil — tapi mereka berdalih, katanya Pihak X akan uruskan semuanya. Surat tu akhirnya diserahkan kepada Pihak X, tapi tiada sebarang respon daripada mereka.
Kes Kemuncak (10 November 2025)
Beberapa minggu kemudian, saya terima notis daripada Pihak X — bukan dari TNB — yang menyatakan bekalan elektrik dan air akan dipotong sekiranya isu penggunaan bersama tak diselesaikan.
Saya diberi tempoh lima hari untuk “selesaikan” perkara tu, walaupun saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang perlu diselesaikan.
Dan pada 10 November 2025, bekalan dipotong sepenuhnya.
Gelap. Tiada elektrik. Tiada air. Semua urusan saya tergendala serta-merta.
Hari yang sama, saya terus pergi jumpa Pihak X untuk berbincang secara baik, tapi sayangnya, perbincangan bertukar jadi pertelingkahan.
Saya masih tertanya-tanya — apa salah saya sebenarnya?
Selama ni saya yang bayar bil penuh setiap bulan, tak pernah gagal.
Tapi hanya kerana saya minta kongsi bayaran dengan penyewa baru, saya terus ‘ditendang keluar’ dari perkongsian bekalan tersebut.
Keikhlasan saya selama bertahun-tahun langsung tak dihargai.
Penutup Cerita
Hidup menumpang ni memang mudah ditindas.
Kita buat baik pun, belum tentu orang nampak baik tu. Bertahun-tahun saya bayarkan bil yang bukan sepenuhnya saya guna — tanpa minta satu sen pun — tapi akhirnya, saya juga yang dipersalahkan.
Tapi tak apa.
Saya reda dan saya percaya, rezeki takkan pernah salah alamat.
Buat masa ni, saya masih lagi memohon bekalan elektrik dan air untuk kedai saya.semoga pihak pengurusan rancangan felda dapat membantu saya. sekarang Lickin Burger akan berpindah sementara ke kediaman ayah saya.
Tempat baru ni masih dalam proses pembinaan, tapi InshaAllah dalam 4 hingga 5 hari lagi, Lickin Burger akan kembali beroperasi sepenuhnya dengan semangat baru dan tempat yang lebih baik.
Doakan urusan saya dipermudahkan ya 🙏
Follow Lickin Burger Ye..