21/02/2021
5 MAKANAN JEPUN TERKENAL DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
1. Pes wasabi
Pes wasabi ni berwarna hijau dan sangat pedas. Ramai juga yang s**a jadikan wasabi sebagai hidangan sampingan makanan mereka. Walaupun wasabi tersebut tidak banyak, rasa pes ini masih pedas.
2. Sushi
Sushi ialah nasi yang lengkap dengan pelbagai bahan seperti makanan laut, sayur atau buah-buahan tropika.
Untuk buat sushi, anda tidak boleh guna sebarang nasi sebaliknya perlu pakai beras khas yang dikenali sebagai sumeshi atau shari.
3. Tempura
Tempura ialah makanan disalut dengan adunan tepung. Hidangan ini biasanya terdiri daripada makanan laut seperti sotong takoyaki atau sayur-sayuran.
Selepas itu, anda perlu goreng makanan tersebut dengan minyak yang banyak. Satu perkara yang pasti, minyak tersebut perlulah bersih dan baharu.
4. Okonomiyaki
Ia dibuat daripada tepung okonomiyaki sendiri, telur, kubis, udang atau makanan laut. Selain itu, terdapat sos manis, mayonis dan kepingan ikan iaitu dried fish flakes di atas okonomiyaki tersebut.
5. Takoyaki
Senarai ini pastinya tidak lengkap tanpa takoyaki. Takoyaki ialah adunan tepung gandum yang telah diisi dengan sotong kurita cincang, bawang besar dan halia jeruk.
Dalam pada itu, takoyaki akan lebih enak sekiranya dimakan dengan sos Worcestershire dan mayonis. Dekat Malaysia p**a, terdapat takoyaki yang turut diisi dengan inti ayam, ketam atau udang.
Kredit : www.mrtakohq.com